Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sia Sitok Sarawak 2026 tawar diskaun 40 peratus
  • SEMASA

Sia Sitok Sarawak 2026 tawar diskaun 40 peratus

Utusan Sarawak 22 hours ago
PENGERUSI STB, Dato Dennis Ngau pada pelancaran kempen Sia Sitok Sarawak 2026 di Kuala Lumpur, hari ini. Foto UKAS

KUALA LUMPUR: Sarawak memperhebat strategi menarik pelancong domestik melalui pelancaran kempen Sia Sitok Sarawak 2026 dengan tawaran diskaun sehingga 40 peratus, sekali gus menjadikan negeri itu destinasi lebih mampu milik sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kempen yang dilaksanakan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini dilihat sebagai langkah proaktif memperkukuh permintaan pelancongan domestik di tengah perubahan corak perjalanan global dan ketidaktentuan geopolitik semasa.

Pengerusi STB, Dato Dennis Ngau berkata, pelancong tempatan kekal sebagai tonggak utama kelangsungan industri pelancongan Sarawak, dengan kempen ini membuka ruang untuk meningkatkan keterlibatan serta menarik lebih ramai pengunjung ke negeri tersebut.

Menurut beliau, lebih 80 pakej pelancongan ditawarkan dengan tempoh perjalanan sah sehingga 15 Disember 2026, sekali gus memberi fleksibiliti kepada pelancong merancang percutian sepanjang tahun dengan nilai yang lebih berbaloi.

Kempen tersebut melibatkan kerjasama 17 pengendali pelancongan berlesen Sarawak, merangkumi pakej minimum tiga hari dua malam termasuk penginapan, lawatan berpandu dan itinerari tersusun.

Antara tarikan utama yang diketengahkan termasuk Kuching sebagai pusat warisan dan budaya, Sibu dengan pengalaman Sungai Rajang dan rumah panjang, serta Miri yang menjadi pintu masuk ke tapak Warisan Dunia UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Niah selain keunikan tanah tinggi Bario.

Dalam masa sama, kempen ini turut diperkukuh dengan kalendar lebih 110 acara pelancongan sepanjang 2026 bagi meningkatkan daya tarikan negeri.

Antara acara utama ialah Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2026 yang bakal berlangsung dari 26 hingga 28 Jun di Kampung Budaya Sarawak, menampilkan artis tempatan dan antarabangsa dalam suasana unik hutan hujan Borneo.

Sepanjang penganjuran MATTA Fair, Pavilion Sarawak turut menampilkan pelbagai pengalaman interaktif termasuk persembahan muzik tradisional, demonstrasi kraftangan dan aktiviti budaya bagi memberi gambaran menyeluruh mengenai keunikan produk pelancongan negeri.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Petronas kini pengimport bersih bahan api – PM Anwar  
Next: Angkasawan misi ke bulan hantar balik foto Bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.