
KUCHING: Atlet tuan rumah, Sia Chew Ing dari Sarawak, menutup tirai acara tenpin boling Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) XXII 2025 apabila meraih pingat emas dalam kategori Masters wanita di Megalanes Sarawak, hari ini.
Kejayaan itu sekali gus menambah koleksi pingat buat kontinjen Sarawak yang menamatkan saingan keseluruhan di tempat kedua dengan kutipan Sembilan pingat emas, empat perak dan tujuh gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan 20 pingat.
Sabah muncul juara keseluruhan SOPMA XXII 2025 selepas mengungguli senarai kedudukan pingat dengan kutipan 17 emas, 13 perak dan lapan gangsa (jumlah 38 pingat).
Sementara itu, Wilayah Persekutuan berada di tempat ketiga dengan tujuh emas, enam perak dan 10 gangsa, manakala Perlis di tangga keempat dengan empat emas dan enam perak.
Acara Masters wanita yang dimenangi Sia turut menyaksikan Masrumi Juri Azhar (Sabah) meraih perak, dan seorang lagi wakil Sarawak, Nurlyanna Arnezza Suzalee, membawa pulang gangsa.
Oleh Amanda L