Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Shila Amzah, Jaclyn Victor, Kunto Aji & Lea Salong antara warnai pentas DFP 2026
  • HIBURAN

Shila Amzah, Jaclyn Victor, Kunto Aji & Lea Salong antara warnai pentas DFP 2026

Utusan Sarawak 1 week ago
SHILA Amzah, Jaclyn Victor, Kunto Aji serta Lea Salong akan memeriahkan persembahan bersama-sama dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada musim konsert ke-28 tahun hadapan.

KUALA LUMPUR: Barisan artis ternama tempatan dan antarabangsa termasuk Shila Amzah, Jaclyn Victor, Kunto Aji serta Lea Salong akan memeriahkan persembahan bersama-sama dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada musim konsert ke-28 tahun hadapan.

DFP dan MPO dalam kenyataan memaklumkan musim baharu bertemakan ‘Where Every Beat Tells A Story’ itu menjanjikan paduan muzik klasik, kontemporari dan tradisional yang menyentuh emosi serta mendekatkan jenama pentas prestij serta kumpulan orkestra hebat itu kepada semua lapisan masyarakat.

“Shila Amzah akan meraikan 25 tahun perjalanan seninya menerusi konsert khas pada Mei, manakala Jaclyn Victor pula bakal memperingati dua dekad kariernya bersama MPO pada Oktober. Penyanyi Indonesia Kunto Aji pula akan beraksi dalam konsert Simfoni Mantra pada November dan bintang Broadway tersohor Lea Salonga bakal bergabung dengan abangnya, konduktor residen MPO Gerard Salonga dalam persembahan bertemakan Broadway dan Disney pada September,” katanya.

Musim konsert 2026 itu juga menampilkan produksi unik Mak Yong Shakespeare: The Comedy of Errors – An Adaptation arahan Norzizi Zulkifli pada Julai, yang mempersembahkan gabungan seni tradisional dan karya Shakespeare dalam interpretasi moden.

Di bawah pimpinan Pengarah Muzik MPO Junichi Hirokami, sembilan konsert utama akan dipersembahkan termasuk A Chorale Spectacular, An Evening of Verdi, dan Jazz, Classical & Beyond With The MPO, di samping pembukaan tirai dengan konsert Cirque de la Symphonie pada Januari yang menampilkan gabungan muzik orkestra dan aksi sarkas.

Konsert lain yang bakal mencuri perhatian ialah The Music of Queen (Oktober), konsert ‘tribute’ kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini (Jun) dan mendiang Alfonso Soliano (September) di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose.

Penjualan tiket untuk orang ramai bermula 13 Oktober ini dan maklumat lanjut  boleh didapati di laman sesawang rasmi www.mpo.com.my.- Bernama

Continue Reading

Previous: Adik Dolly Parton gesa peminat berdoa untuk kesihatan kakaknya
Next: ‘Saya belum mati lagi!’ – Dolly Parton

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.