Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Shell Malaysia utamakan kesinambungan bekalan bahan api dalam rangkaian runcit
  • SEMASA

Shell Malaysia utamakan kesinambungan bekalan bahan api dalam rangkaian runcit

Utusan Sarawak 7 hours ago
BEKALAN… Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memberi keutamaan kepada usaha memastikan kesinambungan bekalan bahan api dalam rangkaiannya, selaras dengan pengumuman terkini oleh kerajaan.

KUALA LUMPUR: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memberi keutamaan kepada usaha memastikan kesinambungan bekalan bahan api dalam rangkaiannya, selaras dengan pengumuman terkini oleh kerajaan.

Shell Malaysia juga berusaha untuk memastikan bekalan bahan api yang konsisten di semua stesennya.

“Mungkin terdapat peningkatan permintaan sementara, yang boleh mengakibatkan kekurangan bahan api secara sementara di beberapa stesen.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh para pelanggan. Kami akan terus berusaha memulihkan bekalan di stesen-stesen yang terjejas secepat mungkin,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Selasa lepas, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) meneliti langkah mempelbagaikan sumber input bahan api, memperkukuh kerjasama dengan negara dagang utama serta memastikan keterjaminan bekalan negara dalam mengharungi krisis tenaga global.

Beliau berkata kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ketahanan bekalan negara.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan dimohon pertimbang naikkan subsidi diesel demi kelangsungan operasi bas
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri termasuk Sarawak hingga 2.00 pagi – MetMalaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.