Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SHEDA cadang subsidi untuk rumah dilengkapi solar
  • TEMPATAN

SHEDA cadang subsidi untuk rumah dilengkapi solar

Utusan Sarawak 2 years ago
Pengerusi SHEDA Kuching, Dato Sim Kiang Chiok

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) menyambut baik cadangan Kerajaan Sarawak bagi mewajibkan pemasangan panel solar di kawasan kediaman baharu. 

Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Kuching, Dato Sim Kiang Chiok, ia merupakan cadangan yang baik untuk dipertimbangkan dalam usaha pihaknya dalam menangani perubahan iklim dan kelestarian.

“Pemasangan panel solar dengan Pemeteran Tenaga Bersih (NEM)di kawasan kediaman baharu boleh mengurangkan pelepasan karbon dan merealisasikan matlamat Sarawak ke arah ekonomi hijau menjelang 2030.

“Bagaimanapun, kos pemasangan panel solar pada peringkat permulaan berkemungkinan suatu perkara yang mustahil untuk direalisasikan jika dipasang di rumah atau bangunan persendirian.

“Berdasarkan analisis kos, kerajaan patut pertimbang untuk memberikan subsidi bagi pemasangan panel solar jika pemasangan adalah wajib.

“Ini supaya semua pemilik rumah boleh mengambil bahagian dalam program penjanaan tenaga hijau yang mampan sekali gus dapat dapat membantu semua pihak terbabit mendapat manfaat penjimatan elektrik.

“Mengenai pemasangan wajib panel ini, mungkin bukan masa yang sesuai untuk mengenakan peraturan sedemikian. Ini kerana peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga pembinaan yang akan mempengaruhi harga jualan rumah,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan perlu memperkenalkan program ini secara sukarela dengan subsidi  atau menaikkan kadar jualan balik daripada pengeluar individu kepada syarikat utiliti.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rakyat Sarawak sepatutnya dibenarkan menjual lebihan elektrik yang dijana daripada panel solar di rumah kepada Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy).

Beliau berkata, Sarawak Energy kemudiannya boleh menjual semula lebihan kuasa itu kepada industri, sama ada tempatan atau asing, yang memerlukan sejumlah tenaga besar.

Ini akan menjadi salah satu cara untuk menggalakkan penduduk dan perniagaan memasang sistem tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang bersih, boleh diperbaharui dan mampu milik.

Beliau berkata demikian pada hari Perkhidmatan Awam Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 12 Januari lalu.

Pada masa sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannnya 24 April lalu menyarankan agar pemaju perumahan di Sarawak memperkenalkan pembinaan rumah pintar yang mengaplikasikan reka bentuk rumah dilengkapi dengan sistem solar.

Beliau berkata, menerusi sistem solar, ia akan membantu mengurangkan bil elektrik bulanan pengguna dan pada masa sama menyokong usaha Sarawak ke arah kelestarian alam sekitar.

Continue Reading

Previous: Abang Jo mahu teliti parameter, perundangan perdagangan karbon
Next: Pakai pelitup muka, tiada SOP baharu – Dr Zaliha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.