Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • SHEDA buka pencalonan Anugerah Cemerlang 2025, galak inovasi dan reka bentuk hijau
  • BISNES

SHEDA buka pencalonan Anugerah Cemerlang 2025, galak inovasi dan reka bentuk hijau

Utusan Sarawak 3 days ago
PENGERUSI Penganjur merangkap bekas Presiden SHEDA, Dato Ir. Sr Alex Ting Kuang Kuo (kiri) pada Majlis Malam Apresiasi Akhbar dan Pelancaran Anugerah Kecemerlangan SHEDA, Selasa lalu.

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) secara rasmi membuka pencalonan bagi SHEDA Excellence Awards 2025, satu pengiktirafan berprestij yang meraikan pencapaian cemerlang dalam sektor hartanah di negeri ini.

Anugerah ini terbuka kepada semua pemain industri, termasuk yang bukan ahli SHEDA, dengan objektif mengiktiraf kecemerlangan dalam teknologi pembinaan, reka bentuk seni bina inovatif, strategi pemasaran terkini serta pengurusan hartanah yang cekap dan mampan.

Pengerusi Penganjur merangkap bekas Presiden SHEDA, Dato Ir. Sr Alex Ting Kuang Kuo, menekankan kepentingan penyertaan menyeluruh dalam anugerah ini sebagai platform untuk para pemaju mempamerkan kepakaran dan daya cipta mereka.

“Kita mahu menggalakkan pembangunan hartanah yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah berdaya tahan serta berteraskan kesejahteraan komuniti Sarawak,” katanya semasa Majlis Malam Apresiasi Akhbar dan Pelancaran Anugerah Kecemerlangan SHEDA di sini, Selasa lalu.

Penilaian akan dilakukan oleh panel profesional bebas yang terdiri daripada wakil pelbagai institusi teknikal dan profesional termasuk ACEM, IEM, ILAM, MIP, PAMSC, RISM, FIABCI Malaysia dan GreenRE Sdn Bhd.

Bagi edisi 2025, lima kategori utama dibuka untuk pencalonan, iaitu Perumahan Bertanah, Pembangunan Strata, Rumah Mampu Milik, Pembangunan Komersial, dan Perancangan Induk.

Selaras dengan agenda pembangunan hijau kerajaan Sarawak, SHEDA turut memberikan keutamaan kepada reka bentuk dan strategi pembangunan yang mesra alam dan mampan.

Majlis penyampaian anugerah dijadual berlangsung pada 1 November 2025 sempena Majlis Makan Malam Tahunan SHEDA di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pemenang akan disenarai pendek secara automatik untuk Malaysia Property Award (MPA) 2025 anjuran FIABCI Malaysia, tertakluk kepada terma dan syarat pertandingan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkasa pengetahuan industri, SHEDA turut melancarkan risalah panduan baharu terbitan SHEDA Institute yang memfokuskan kepada Ordinan Pengurusan Strata 2019 dan Peraturan Pengurusan dan Penyelenggaraan Strata 2022.

Risalah ini bertujuan membantu pemaju memahami peraturan berkaitan dan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan hartanah strata.

Para pemain industri yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dengan menghubungi Sekretariat SHEDA di secretariat@sheda.org.my atau melalui talian 082-366334 sebelum tarikh tutup penyertaan pada 11 Julai 2025.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan MSM meneruskan keuntungan selepas pengukuhan minyak kacang soya
Next: Ringgit dibuka rendah susulan peningkatan data AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.