Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SHEDA anjur Jerayawara HPR2022 1 – 4 Disember ini
  • TEMPATAN

SHEDA anjur Jerayawara HPR2022 1 – 4 Disember ini

Utusan Sarawak 3 years ago

PELUANG BERSEMUKA... Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching akan menganjurkan Jerayawara Perumahan dan Hartanah Kuching 2022 (HPR2022) pada 1 hingga 4 Disember ini di AEON Mall Kuching.

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching akan menganjurkan Jerayawara Perumahan dan Hartanah Kuching 2022 (HPR2022) pada 1 hingga 4 Disember ini di AEON Mall Kuching.

Pengerusi Penganjur, Alan Wong berkata, jerayawara itu akan memberi peluang kepada pembeli bertemu terus dengan syarikat hartanah yang mempamerkan projek-projek mereka.

“SHEDA Cawangan Kuching komited menganjurkan HPR2022 untuk memberi manfaat ahli-ahli SHEDA dan juga orang ramai dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai pasaran rumah.

“Malah para pembeli rumah berpotensi melihat harga promosi sepanjang tiga hari pameran.

“Selain ahli-ahli SHEDA, kami mengalu-alukan semua pemaju, ejen hartanah dan perdagangan berkaitan bangunan lain untuk menyertai HPR2022 nanti,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Jerayawara Perumahan dan Hartanah Kuching 2022 (HPR2022) SHEDA.

Dalam pada itu, kira-kira 30 reruai telah ditempah oleh pempamer yang terdiri daripada pemaju dan institusi kewangan dan perbankan.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi 019-8162191 atau melayari Facebook Sheda Kuching.

Turut hadir, Pengerusi SHEDA Kuching, Dato Sim Kiang Chiok.

Continue Reading

Previous: Jawatan TPM mesti ada kuasa, pejuang hak negeri
Next: GPS berusaha tawan Mas Gading, Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.