Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SHEDA anjur bengkel bersama pemberita kukuhkan pemahaman industri hartanah
  • TEMPATAN

SHEDA anjur bengkel bersama pemberita kukuhkan pemahaman industri hartanah

Utusan Sarawak 2 years ago
PERKONGSIAN… Pengurus Besar SHEDA Deborah Wong, berkongsi pendapat dan kepakaran pada mesyuarat SHEDA bersama Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di sini, hari ini.

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) berhasrat menganjurkan sebuah bengkel berkonsepkan latihan bersama pemberita bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan hartanah.

Antara perkara yang akan diketengahkan termasuklah hak pemilikan hartanah dan undang-undang industri hartanah seperti termaktub dalam Ordinan Pengurusan Strata 2019. 

Menurut Pengurus Besar SHEDA Deborah Wong, SHEDA komited membantu pemberita memahami industri hartanah terutamanya dalam aspek pelaporan media yang berkaliber di Sarawak. 

“Kami (SHEDA) berharap pihak media sudi berkongsi pengalaman dan kepakaran di dalam Pengurusan Krisis Media dan Komunikasi Kritikal dengan nengeluarkan kenyataan media apabila terdapat isu-isu yang berbangkit,” katanya. 

Jelasnya lagi, kebanyakan terma industri hartanah adalah asing bagi ramai pihak.

Justeru, katanya, menerusi penganjuran bengkel ini, pihak SHEDA berpeluang bersua muka dengan para pemberita bagi menghasilkan liputan bernilai tinggi terutamanya melibatkan perniagaan dan hartanah.

“Ini sekali gus akan membantu kedua-dua pihak mendalami industri ini,” katanya. 

Pada masa sama, hasrat SHEDA itu juga selari dengan menyahut cabaran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memperkasakan kepakaran warga media khususnya dari sudut melaporkan berita mengenai industri hartanah.

Beliau berkata demikian semasa mesyuarat SHEDA bersama Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di sini, hari ini. 

Hadir sama, Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Sarawak Hamdan Ismail, Ketua Editor Utusan Sarawak Anthony Punan dan Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo Teck Wei. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT 

Continue Reading

Previous: Tragedi tidak wajar dijadikan bahan lawak – Karim
Next: Program Wanita Bangkit: Nancy sasar keterlibatan 100,000 usahawan wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.