Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Shamsul Iskandar umum letak jawatan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri
  • NASIONAL

Shamsul Iskandar umum letak jawatan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri

Utusan Sarawak 3 hours ago
SETIAUSAHA Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin umum letak jawatan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

Beliau berkata surat peletakan jawatan itu sudah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan MADANI, justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran sama, Shamsul Iskandar turut mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Baru-baru ini, bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa agar perdana menteri mengambil tindakan termasuk kemungkinan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung sepucuk surat sokongan yang dikeluarkan oleh seorang daripada setiausaha politiknya.

Anwar menjelaskan bahawa surat sokongan berkenaan adalah “kabur” dan tidak membawa maksud arahan, selain menegaskan bahawa proses kelulusan projek tidak dipengaruhi oleh surat itu kerana pihak berkuasa berkaitan maklum sepenuhnya mengenai prosedur standard.- Bernama

Continue Reading

Previous: Batik Air tambah dua laluan baharu perkukuh hubungan Sabah–Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.