Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SFVA mohon longgar Akta Perikanan
  • TEMPATAN

SFVA mohon longgar Akta Perikanan

Utusan Sarawak 5 years ago
SIDANG MEDIA… Tan Swee Won (duduk, dua kiri), Ing Sung (duduk, kiri), Harry (berdiri, belakang) bersama ahli persatuan pada sidang media di Sibu semalam.

SIBU: Persatuan Kapal Nelayan Sarawak(SFVA) memohon agar kerajaan melonggarkan Akta Perikanan 1985 bagi membolehkan lebih ramai pekerja di atas kapal ikan nelayan di Sarawak.

Menurut Pengerusinya, Tang Swee Won, akta tersebut telah mengehadkan jumlah pekerja asing dan tempatan di setiap kapal nelayan.

“Kami berharap agar kerajaan dapat melonggarkan akta tersebut dalam menangani masalah pekerjaan, ini supaya tiada had jumlah pekerja yang bekerja di semua kapal nelayan di Sarawak.

“Pemilik kapal akan dapat membuat keputusan mereka untuk menggajikan lebih ramai pekerja berdasarkan kemampuan mereka sendiri.

“Misi kami untuk melakukannya adalah untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran kerana lebih ramai orang dapat mencari pekerjaaan untuk meringankan beban setiap keluarga lebih-lebih lagi dalam situasi wabak Covid-19 sekarang,” jelasnya pada sidang media di sini, semalam.

Tan memberitahu, ahli persatuan yang terjejas (pukat Zon B) menggunakan pekerjanya melakukan pekerjaan tambahan kerana mereka tidak dapat kembali ke kampung halaman dalam tempoh larangan tersebut.

“Ramai yang datang untuk temu duga tetapi pemiliknya tidak berani menggajikan mereka walaupun mereka memerlukan pekerja untuk mematuhi Akta Perikanan,” ujarnya.

Katanya, kapal pukat Zon C dapat menggajikan tujuh anak kapal, dengan lima daripadanya adalah warga asing.

Manakala, bagi C2, pemilik kapal dibenarkan untuk mengambil 12 pekerja sama ada warga tempatan atau kru asing.

“Pukat tunda Zon B pula terhad kepada empat anak kapal tempatan tanpa warga asing dibenarkan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Cabang Bahagian Keenam SFVA, Tang Ing Sung yang juga pemilik kapal terjejas juga meminta kerajaan untuk melonggarkan akta tersebut agar kapal nelayan di Sarawak dapat meningkatkan tenaga kerja mereka.

Setiausaha SFVA, Harry Tan membincangkan isu pertukaran hak milik kapal nelayan dan mencadangkan kawasan pengoperasian harus tetap sebelum pertukaran hak milik dilakukan.

“Sebagai contoh, sebelum pertukaran pemilikan, kawasan pengoperasian kapal nelayan adalah dalam lima batu nautika, maka ia tidak boleh diperluaskan kepada tujuh batu nautikal memandangkan bot kapal yang lebih kecil,” ujar beliau.

Sehingga kini, SFVA mempunyai seramai 130 ahli.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Peka dengan keadaan semasa
Next: Penguang lawat projek baik pulih rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.