Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SFC tumpaskan sindiket seludup kayu gaharu, perdagangan hidupan liar haram di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

SFC tumpaskan sindiket seludup kayu gaharu, perdagangan hidupan liar haram di Limbang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAMPASAN SFC…Antara barangan yang dirampas dalam Operasi Bersepadu Khazanah. 

LIMBANG: Senapang buatan sendiri bersama peluru, kayu gaharu dan hidupan liar antara yang dirampas Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam Operasi Bersepadu Khazanah yang dijalankan di sini pada Khamis hingga Jumaat lepas.


Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran berkata operasi dijalankan melibatkan seramai 22 kakitangan dan 12 anggota dari Cawangan Khas Sarawak di lima lokasi berbeza berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan serta pemprosesan gaharu dan perdagangan hidupan liar secara haram.


“Antara barang rampasan termasuk kayu gaharu, bulu burung kenyalang, hempedu dan kuku beruang, sisik tenggiling, pelbagai jenis mata wang asing dan ringgit Malaysia, senapang buatan sendiri serta peluru, dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux.


“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM400,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Katanya sembilan suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Limbang, termasuk empat orang warga asing.


“Kes disiasat di bawah Wild Life Protection Ordinance (WLPO) 1998, manakala kes melibatkan senjata api dan peluru diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut. Siasatan juga dijalankan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” ujarnya.


Beliau berkata kejayaan operasi ini mencerminkan kerjasama strategik antara pelbagai agensi penguat kuasa dalam membanteras jenayah hidupan liar dan aktiviti penyeludupan yang mengancam biodiversiti.


Tegasnya SFC akan terus komited dalam memastikan sumber asli negeri ini sentiasa dilindungi dan dipelihara.


“Operasi ini membuktikan komitmen SFC dalam memerangi jenayah hidupan liar dan melindungi sumber asli Sarawak. 


“Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengancam biodiversiti negeri ini,” katanya lagi.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 129 KMKK sertai kursus integriti di Sarikei, Tanjung Manis
Next: KMKK adalah duta masyarakat, perlu tunjuk teladan terbaik kepada rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.