KUCHING: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) semalam menerima lawatan kerja oleh wakil dari United Kingdom (UK) PACT (Perkongsian Untuk Mempercepatkan Peralihan Iklim)
SFC dalam kenyataannya di laman Facebook berkata, antara intipati mesyuarat itu ialah perbincangan mengenai aktiviti pemuliharaan SFC di seluruh negeri, daripada peluang pelaburan karbon kepada perlindungan di tapak, pemantauan untuk biodiversiti dan latihan kepakaran.
SFC diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif II, Dr Melvin Gumal bersama Ketua SPIE Rambli Ahmad dan Ketua Projek Khas SFC Jacqueline Wong.
Rombongan UK PACT terdiri daripada Ketua Kemahiran Saham dan peminjaman Katie Mullen, Pegawai UK PACT Syaqil Suhaimi, Penasihat Dasar Kanan, Hanna Chorbachi, Fasilitator Negara UK PACT Murali Ram dan Ketua Perkongsian, Mike Irwin.
Oleh SHAHRUL QAIZAT