Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SFC dalam proses tambah baik sistem aktiviti berkaitan termasuk lesen buru buaya
  • WILAYAH

SFC dalam proses tambah baik sistem aktiviti berkaitan termasuk lesen buru buaya

Utusan Sarawak 1 year ago
GAMBAR FAIL… Seekor buaya kelihatan bersantai di tebing Sungai Selumit, Stalun pada 2020. 
 

SARIKEI: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam proses penambahbaikan sistem lesen aktiviti berkaitan buaya termasuk lesen memburu buaya. 

Ketua Pegawai Eksekutif SFC yang juga Pengawal Hidupan Liar SFC, Abang Arabi Abang Aimran berkata, seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, dari 2018 sehingga 2022, sebanyak 137 lesen memburu buaya telah diberi kepada individu yang memohon. 

“Namun berdasarkan rekod kita, sesetengah pemburu tidak aktif dengan tiada tangkapan buaya dilaporkan. 

“Antara penambahbaikan yang sedang dilakukan adalah setiap pemburu berlesen perlu menyerahkan rekod pemburuan bersama maklumat tambahan termasuk ukuran dan juga gambar hasil tangkapan untuk mengesahkan aktiviti pemburuan sebelum permohonan pembaharuan lesen diproses.

“Kedua, pemohonan pembaharuan lesen yang tiada rekod tangkapan perlu mengemukakan alasan kukuh tiada tangkapan diperolehi.

“Ketiga, pertimbangan pemohonan pembaharuan lesen dan pemberian kuota berdasar rekod tangkapan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita Utusan Sarawak, sebentar tadi. 

Katanya, langkah-langkah penambahbaikan ini bersama penambahbaikan lain yang masih dalam perancangan diharapkan dapat menggalakkan pemilik lesen memburu buaya untuk memanfaat lesen. 

“Pemburu berlesen boleh memperdagangkan hasil tangkapan,” katanya lagi. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: SFC: Lebih 100 permit buru buaya dikeluarkan, kebanyakan pemegang permit tidak aktif 
Next: Sarawak perlu urus politik dengan baik untuk kecapi masa depan lebih cerah – Abang Jo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.