Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SFC anjur program kesedaran biologi di Bario
  • Utara
  • WILAYAH

SFC anjur program kesedaran biologi di Bario

Utusan Sarawak 1 day ago
ALBUM… Datuk Len Talif merakamkan kenangan bersama para pelajar dari SMK Bario dan SK Bario pada sambutan Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa SFC di Taman Negara Pulong Tau, Bario, semalam.

MIRI: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menganjurkan program kesedaran awam di Bario sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa, bagi meningkatkan kefahaman terhadap biodiversiti, khususnya di Taman Negara Pulong Tau.

Sambutan Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Selain itu, Datuk Len Talif turut merasmikan pelancaran buku Taman Negara Pulong Tau dan poster flora dan fauna di taman tersebut.

Menurut kenyataan SFC, buku Taman Negara Pulong Tau dan poster adalah bertujuan memperkenalkan kekayaan biodiversiti di kawasan tanah tinggi Bario kepada masyarakat umum, pelajar serta pengunjung luar.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan SFC dalam memperkukuh kesedaran dan penglibatan komuniti dalam pemuliharaan biodiversiti di Sarawak.

Sebagai pengisian program itu, sesi ceramah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi dari Worldview Climate Solutions (Msia) Sdn Bhd, Endela Tipot yang berkongsi maklumat berkaitan flora dan fauna tempatan serta usaha pemuliharaan yang dijalankan.

Turut menyampaikan ceramah ialah Serena Liew dari Global Environment Centre (GEC) mengenai ‘Community-Based Conservation Program’ di kawasan Bario dan Kelabit.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Gerawat Gala, Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, Ketua-ketua jabatan dari SFC dan Daerah Bario, serta pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bario dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bario.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Satu titik darah, seribu harapan
Next: Bekalan elektrik terjejas, ADUN Tanjong Batu anjur sesi dialog khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.