Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Setiausaha Politik buat laporan polis terhadap hantaran hina Premier Sarawak
  • JENAYAH

Setiausaha Politik buat laporan polis terhadap hantaran hina Premier Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
LAPORAN polis dibuat di Balai Polis Satok, Jalan Nagor diketuai oleh Abdul Samad Gany. -Foto Jiwa Bakti

KUCHING: Sekumpulan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak hari ini telah membuat laporan polis berhubung satu hantaran berunsur penghinaan terhadap Premier Sarawak di media sosial.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Satok, Jalan Nagor, diketuai oleh Abdul Samad Gany.

Menurutnya, laporan berkenaan dibuat terhadap pemilik akaun Facebook dikenali sebagai “Mike Rain” yang didakwa memuat naik hantaran mengandungi kenyataan menghina serta memperlekehkan Premier Sarawak.

“Hantaran itu dapat diakses oleh orang awam dan boleh menimbulkan rasa kebencian serta menjatuhkan maruah pemimpin negeri termasuk menyentuh ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan.

Beliau berkata, kenyataan terbabit juga boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam, khususnya di Sarawak.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa, khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Katanya, tindakan boleh diambil mengikut peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau mana-mana undang-undang yang bersesuaian. -Jiwa Bakti 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Guru rugi RM511,000 diperdaya sindiket pelaburan saham tidak wujud
Next: Bot tunda ditahan di muara Sungai Kemena, gagal patuhi lesen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.