
PETRA JAYA: Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Sarawak, Abang Ehsan Abang Abu Bakar di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.
Kunjungan itu menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan strategik antara agensi percukaian persekutuan dan kerajaan Sarawak.
Ini termasuk dari aspek tadbir urus percukaian. -UKAS