
PETRA JAYA: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah menerima kunjungan hormat rombongan daripada Pejabat Residen Bahagian Kapit di pejabat beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
Rombongan yang diketuai Residen Bahagian Kapit, Elvis Didit itu bertujuan membincangkan beberapa isu penting yang berkaitan dengan perancangan serta pelaksanaan pembangunan di Bahagian Kapit.
Selain itu, perbincangan turut merangkumi aspek pengukuhan kapasiti organisasi dan pelaksanaan aktiviti semasa Pejabat Residen Kapit dalam usaha menyokong pembangunan serta kebajikan masyarakat setempat.
Turut hadir barisan pegawai kanan dari Pejabat Residen Bahagian Kapit yang terlibat secara langsung dalam pelbagai portfolio pembangunan dan penyampaian perkhidmatan awam di kawasan tersebut.
-UKAS