Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Setiausaha Kerajaan Sarawak terima kunjungan hormat delegasi UiTM Sarawak
  • Selatan
  • WILAYAH

Setiausaha Kerajaan Sarawak terima kunjungan hormat delegasi UiTM Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
SETIAUSAHA Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Dr. Firdaus Abdullah, bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi tersebut dan Perkhidmatan Awam Sarawak di samping meneroka potensi kerjasama yang mampu memberi impak kepada pembangunan modal insan di Sarawak khususnya.

Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menyambut baik inisiatif proaktif UiTM dalam memperluas jalinan akademik dan profesional bersama kerajaan Sarawak terutamanya dalam usaha memperkasa Sarawak ke arah sebuah wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Kunjungan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh sinergi dan kolaborasi strategik demi manfaat bersama rakyat dan negeri ini.

Turut hadir Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Madya Ts. ChM Dr. Mohamad Isa Mohamdin, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Madya Dr. Saimi Bujang, Penolong Rektor (Kampus Samarahan 2) Profesor Madya Dr. Abdul Razak Abdul Kadir, Timbalan Pendaftar Kanan Mohd Hasimi Abdullah serta Koordinator Unit Komunikasi Korporat Yaziz Kasim. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: YADIM Sarawak salur bantuan RM42,350 kepada 242 pelajar asnaf
Next: Projek lebar Jalan Kapor bernilai RM400,000 bermula 26 Julai ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.