Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Eksklusif: Setiap undi belia simbol harapan masa depan – Dr Noratikah
  • SEMASA

Eksklusif: Setiap undi belia simbol harapan masa depan – Dr Noratikah

Utusan Sarawak 1 week ago
TIMBALAN Dekan (Hubungan Industri dan Masyarakat), Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Noratikah Mohamad Ashari.

KUCHING:“Every vote means hope”, setiap undi yang diberikan belia adalah simbol harapan terhadap masa depan.

Demikian pandangan Timbalan Dekan (Hubungan Industri dan Masyarakat), Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Noratikah Mohamad Ashari yang menegaskan bahawa penglibatan generasi muda dalam politik merupakan kunci dalam menentukan hala tuju negara.

Menurutnya, belia kini lebih cenderung memilih pemimpin sebaya kerana mereka dianggap lebih mudah didekati, memahami aspirasi generasi muda dan mampu menyampaikan suara mereka dengan lebih dekat.

“Belia mengundi dengan harapan. Undi mereka adalah untuk sesuatu yang mereka mahu lihat berlaku pada masa depan.

“Cara paling bijak untuk memastikan masa depan berada di tangan mereka ialah dengan memilih pemimpin yang mempunyai kemahuan untuk merealisasikan harapan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membentangkan sesi komunikasi dalam Program Membina Belia Pencetus Perubahan dan Revolusi Minda di Hotel Samudra, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan belia tidak boleh dibiarkan bergerak sendirian tanpa panduan kerana pengalaman dan kebijaksanaan hanya dapat diperoleh melalui proses kehidupan.

“Walaupun belia mempunyai tenaga, semangat dan idea segar, mereka tetap memerlukan bimbingan.

“Generasi lebih berusia perlu memainkan peranan sebagai mentor untuk sama-sama mencipta penyelesaian yang lebih baik. Inilah yang saya panggil sebagai ‘co-creation’, di mana belia dan golongan berpengalaman berganding bahu menentukan hala tuju bersama,” ujarnya.

Beliau percaya pendekatan itu penting kerana perubahan bermakna tidak hanya bergantung pada satu kelompok umur, sebaliknya memerlukan kolaborasi semua pihak dengan memberi lebih ruang kepada suara belia.

Beliau turut menekankan bahawa segala dasar dan polisi yang digubal kerajaan akan memberi kesan langsung kepada golongan muda, sama ada sebagai penerima mahupun pencetus perubahan.

Justeru, suara belia perlu didengar dan diterjemahkan dalam bentuk dasar yang mampu menyentuh kehidupan seharian rakyat.

Katanya lagi, walaupun perbezaan utama antara belia dan generasi lebih berusia ialah tahap pengalaman dan kebijaksanaan, ia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk golongan muda diberi peluang memimpin.

Sebaliknya, sinergi antara kedua-dua generasi adalah kunci kepada penyelesaian yang lebih inklusif.

Dr Noratikah merupakan seorang pensyarah kanan dan penyelidik dalam bidang komunikasi strategik serta dasar kritikal.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam), Sarjana Sastera Perangsaraf Media dan Informasi dari UiTM, dan PhD dalam Kajian Dasar Kritikal dari Universiti Sains Malaysia (USM), beliau kini aktif membangunkan penyelidikan berkaitan perubahan demografi, pembangunan kemahiran dan hala tuju belia di Sarawak.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pesta Benak lonjak ekonomi angkat Sri Aman ke persada dunia
Next: Eksklusif: Kurang literasi politik punca belia jauhkan diri dari politik – Dr Lucy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.