Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Setiap rumah perlu ada alat pemadam api – Dennis Ngau
  • TEMPATAN

Setiap rumah perlu ada alat pemadam api – Dennis Ngau

Utusan Sarawak 3 hours ago
SIMBOLIK: Dato Dennis Ngau menyempurnakan penyerahan alat pemadam api kepada 10 buah kampung di daerah Telang Usan sebagai usaha meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan komuniti. Foto: JAPEN Long Lama

LONG LAMA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau menggesa setiap keluarga di kawasan Telang Usan agar memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan rumah, khususnya berkaitan risiko kebakaran.

Beliau menegaskan bahawa setiap rumah sepatutnya dilengkapi sekurang-kurangnya satu unit alat pemadam api.

Langkah ini bukan sahaja sebagai tindakan berjaga-jaga, malah merupakan satu keperluan penting dalam melindungi nyawa, keluarga dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran.

“Kesedaran keselamatan harus bermula dari rumah. Kita tidak boleh ambil mudah risiko kebakaran. Pemadam api adalah langkah asas tetapi sangat penting,” katanya ketika merasmikan program keselamatan komuniti, semalam.

Program dua hari bertajuk ‘Kita Selamat Miri 2025: Kukuhkan Kesedaran Komuniti Long Lama’ yang dianjurkan oleh PETRONAS dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri itu diadakan di Dewan SJK (C) Kee Tee, Long Lama, bermula semalam dan berakhir hari ini.

UNTUK ALBUM: Dato Dennis Ngau merakam kenangan bersama komuniti Long Lama dan pihak penganjur selepas merasmikan program keselamatan tersebut. Foto: JAPEN Long Lama

Pelbagai aktiviti keselamatan turut diadakan seperti demonstrasi memadam kebakaran, ceramah keselamatan, kawad basah oleh pihak bomba serta aktiviti interaktif bersama masyarakat setempat.

Sementara itu, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Jamri Masran yang mewakili Pengarah JBPM Sarawak berkata, program seperti ini sangat penting bagi merapatkan hubungan antara masyarakat dan agensi penyelamat, di samping memberi pendedahan awal mengenai langkah-langkah keselamatan serta tindakan pantas ketika berdepan situasi kecemasan.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan PETRONAS Carigali Sarawak Asset, Shalby Reduan, wakil Pegawai Daerah Telang Usan, Mike Authur Nakabok, Guru Besar SJK (C) Kee Tee, Wong Ding Miew, Ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum sekitar Long Lama.

Oleh Jiku Juguong

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dato Wee kongsi visi ekonomi pusingan Sarawak di Forum Datuk Bandar Antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.