Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Setiap rakyat Suriname akan dapat hasil ‘royalti’ minyak, kongsi kekayaan bersama
  • GLOBAL

Setiap rakyat Suriname akan dapat hasil ‘royalti’ minyak, kongsi kekayaan bersama

Utusan Sarawak 6 months ago

Presiden Suriname, Chan Santokhi

PARAMARIBO: Presiden Suriname, Chan Santokhi pada Isnin mengumumkan program ‘Royalti untuk Semua’ ketika negara Amerika Selatan itu merancang untuk mendapatkan keuntungan daripada rizab minyak dan gas yang ditemukan, baru-baru ini.

Suriname dan Guyana yang kedua-duanya bekas jajahan Belanda, menjangka memperoleh berbilion dalam tahun mendatang daripada deposit minyak mentah luar pesisir yang kaya.

Pakar memaklumkan Suriname sebuah negara dengan 600,000 orang akan memperoleh kira-kira AS$10 bilion dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Menurut Bank Dunia, hampir satu daripada lima rakyat Suriname hari ini hidup dalam kemiskinan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan kira-kira AS$3.4 bilion (kira-kira RM15.2 bilion).

Bulan lalu, kumpulan Perancis Toral Energies mengumumkan projek bernilai AS$10.5 bilion (kira-kira RM44 bilion) untuk mengeksploitasi medan minyak di luar pantai Suriname dengan kapasiti pengeluaran 220,000 tong sehari.

Pengeluaran sepatutnya bermula pada 2028.

Pada Isnin, Santokhi berkata, ‘royalti’ akan dibayar supaya setiap rakyat boleh mendapat manfaat dan keuntungan daripada minyak dan gas.

Setiap rakyat akan menerima AS$750 (kira-kira RM3,349) dalam akaun simpanan, dengan kadar faedah tahunan tujuh peratus, katanya dalam ucapan Hari Kemerdekaan.

“Semua orang akan mendapat manfaat daripada peluang ini dan tiada siapa yang akan tercicir.

“Anda adalah pemilik bersama pendapatan minyak,” ikrar presiden.

Santokhi sebelum ini memberitahu AFP bahawa negaranya sedar mengenai ‘sumpahan minyak’ yang juga dikenali sebagai ‘penyakit Belanda’.

Ia menimpa negara kaya sumber lain seperti Venezuela, Angola dan Algeria yang tidak dapat mengubah kekayaan minyak menjadi kejayaan ekonomi.

Dengan kekayaan minyaknya, Norway menjadi pengecualian kepada ‘sumpahan’ itu dengan membina dana kekayaan berdaulat untuk masa-masa sukar.

Suriname menubuhkan dana serupa dengan menjangkakan kemasukan wang tunai minyak. – AFP

Continue Reading

Previous: Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Next: 31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.