Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Setiap projek yang telah diluluskan di bawah peruntukan MRP, RTP akan dipantau
  • Utara
  • WILAYAH

Setiap projek yang telah diluluskan di bawah peruntukan MRP, RTP akan dipantau

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Gerawat Gala semasa mesyuarat Jawatankuasa pembangunan Kawasan Tutoh.

BARAM: Kerjasama erat antara pemimpin masyarakat, Ketua Kampung, agensi kerajaan, pelaksana dan jabatan kerajaan mampu menangani pelbagai isu yang dihadapi oleh rakyat, khususnya berkaitan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air, elektrik serta capaian telekomunikasai dan internet.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) Datuk Gerawat Gala berkata sebagai wakil rakyat bagi kawasan Mulu, beliau sentiasa penekanan pembangunan yang inklusif dan menyeluruh agar tiada kawasan tercicir daripada arus pembangunan.

Semasa berucap pada mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Tutoh Apoh, di sini hari ini, Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata setiap cadangan dan pemasalahan yang dibangkitkan akan diteliti dan dipanjangkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan susulan sewajarnya.

Beliau mengingatkan agar setiap projek yang telah diluluskan sama ada di bawah peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) atau agensi lain dipantau dengan rapi supaya pelaksanaanya berjalan lancar mengikut jadual dan speksifikasi yang ditetapkan.

“Ketelusan akauntabiliti dan kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan manfaat projek benar-benar dirasai oleh penduduk setempat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa mesyuarat seperti ini amat penting sebagai platform untuk semua pihak berbincang, meneliti dan menyelaras keutamaan pembangunan di peringkat akar umbi.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perpaduan kaum jelas terpancar dalam sambutan Tahun Baharu Cina di Engkilili
Next: Medamit dan Tedungan perlukan balai bomba, tingkat kecekapan pemadaman kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.