Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Setengah juta penduduk Jerman berkurung
  • GLOBAL

Setengah juta penduduk Jerman berkurung

Utusan Sarawak 5 years ago

Personell of a mobile testing unit of the German Red Cross and the German army (Bundeswehr) prepare for collecting Covid-19 tests from employees of Toennies abatoir, at their residential homes in Verl, western Germany on June 23, 2020, amid the novel coronavirus pandemic. - German authorities ordered a new lockdown for the entire district of Guetersloh -- the first since easing coronavirus restrictions and a major setback for hopes of a swift return to normality. The lockdown would affect 360,000 people and would stay in place until at least June 30. (Photo by Ina FASSBENDER / AFP)

PETUGAS barisan hadapan membuat persiapan sejajar arahan perintah berkurung baharu di seluruh daerah Guetersloh. • Foto AFP

BERLIN: Jerman menguatkuasakan perintah berkurung di dua daerah di wilayah barat negara itu susulan penularan wabak Covid-19.

Ia membabitkan lebih setengah juga penduduk Guetersloh dan Warendorf, selepas satu kluster jangkitan baharu dikesan dari sebuah rumah sembelihan.

AFP melaporkan perintah itu adalah pertama selepas pihak berkuasa melonggarkan perintah kawalan.

Ketua Menteri North Rhine-Westphalia, Armin Laschet berkata, ia akan membabitkan 360,000 orang di Guetersloh dan berkuat kuasa sehingga 30 Jun ini.

Selain itu, ia turut membabitkan 278,000 penduduk di Warendorf.

Gulf News pula melaporkan lebih 1,550 disahkan positif Covid-19 di rumah sembelihan Toennies di Rheda-Wiedenbrueck.

Susulan itu, ribuan lagi pekerja dan ahli keluarga mereka diarahkan menjalani kuarantin bagi mencegah penularan virus itu.

Ada laporan mendakwa individu menyalahkan virus itu disebarkan daripada pekerja rumah sembelihan yang berasal dari Eropah Timur.

Susulan arahan terbaharu itu, pawagam, muzium, dewan konsert, kolam renang dalam bangunan dan sauna tidak dibenarkan beroperasi. – AFP

Continue Reading

Previous: GEMPA BUMI 7.4 MAGNITUD RAGUT 6 NYAWA
Next: Kes positif Covid-19 cecah 9.32 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.