Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Setem khas VM2026 tonjol mercu tanda ikonik, Warisan Malaysia
  • SEMASA

Setem khas VM2026 tonjol mercu tanda ikonik, Warisan Malaysia

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mohd Amirul Rizal Abd Rahim (kanan) dan Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Pos Malaysia Berhad Fiona Liao (kiri) bergambar bersama pada Majlis Pelancaran Setem Khas Sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di Pejabat Pos Besar Lama. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd hari ini melancarkan setem khas sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang menampilkan pelbagai mercu tanda ikonik, warisan budaya dan khazanah alam semula jadi negara bagi memperkukuh promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Setem khas bertemakan Malaysia, Truly Asia itu memaparkan destinasi pelancongan terkenal termasuk Pulau Langkawi, Kedah, Bukit Bendera Pulau Pinang, Cameron Highlands Pahang, Kota A’ Famosa Melaka dan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man berkata pelancaran setem khas itu mampu menjadi medium kreatif dalam memperkenalkan budaya, warisan dan destinasi pelancongan negara selain mencerminkan semangat perpaduan dan kepelbagaian yang menjadi identiti Malaysia.

KAKITANGAN Pos Malaysia Berhad, Nurul Nadia Natasya Abdul Aziz bergambar bersama setem khas pada Majlis Pelancaran Setem Khas Sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di Pejabat Pos Besar Lama. Foto: Bernama

“Saya percaya setem khas ini akan menjadi simbol yang berkesan dalam mempromosikan Malaysia kepada pelancong antarabangsa dan domestik,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran setem khas itu di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Pos Malaysia Bhd Fiona Liao.

Chiew berkata kejayaan kempen VM2026 bergantung kepada kerjasama semua pihak termasuk pemain industri, sektor swasta dan rakyat Malaysia dalam memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan pelancong.

Dalam pada itu, Pos Malaysia turut memperkenalkan cop khas VM2026 di beberapa pejabat pos terpilih di seluruh negara bagi memberikan pengalaman lebih bermakna kepada pengunjung dan peminat setem sempena kempen pelancongan itu. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa Filipina: Penduduk di Semporna rasai gegaran, ambil langkah waspada
Next: Gempa bumi Mindanao: Rakyat Malaysia di General Santos City selamat – Wisma Putra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.