Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sessang Tigris FC unggul, rangkul kejuaraan Liga Bola Sepak 2025 Piala PJM Plantation
  • SUKAN

Sessang Tigris FC unggul, rangkul kejuaraan Liga Bola Sepak 2025 Piala PJM Plantation

Utusan Sarawak 2 weeks ago
JUARA…Pasukan Sessang Tigris FC dari Kampung Sessang muncul juara Liga Bola Sepak 2025 Piala PJM Plantation KP Sdn. Bhd. di Kabong, hari ini.

KABONG: Sessang Tigris FC dari Kampung Sessang menjuarai Liga Bola Sepak 2025 Piala PJM Plantation KP Sdn. Bhd. selepas menewaskan Crossover FC dari Kampung Perpat dengan keputusan 4-1 dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik.

Kejayaan itu menobatkan Sessang Tigris FC sebagai pasukan terbaik kejohanan edisi kali ini yang berlangsung sejak 16 Ogos lalu dan menghimpunkan 12 pasukan dari sekitar Kabong dan kawasan berhampiran.

Sebagai juara, Sessang Tigris FC membawa pulang wang tunai RM3,000 bersama piala dan pingat. Naib juara, Crossover FC menerima RM2,000, piala dan pingat.

NAIB JUARA….Pasukan Crossover FC

Tempat ketiga bersama disandang oleh Bersepai FC dari Kabong dan Alit FC dari Kampung Alit, yang masing-masing membawa pulang RM500 dan pingat.

Kejohanan ini dicetuskan oleh Anua Jairi, Abdul Rahman Bastani dan Penghulu Kamaludin Rambli, dengan matlamat memupuk semangat kesukanan, mengeratkan hubungan masyarakat serta mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi.

Liga ini mendapat tajaan penuh PJM Plantation KP Sdn. Bhd., syarikat tempatan yang komited membangunkan tanah berpotensi untuk tujuan komersial serta menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Ahli Jawatankuasa PJM Plantation KP Sdn. Bhd., Mohd Yussof Rahmat, Wong Huo Siing, Wong Ling Guan Gen, Neo Chen Yee dan Ling King Tung memberi jaminan bahawa kejohanan ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang, dengan tawaran hadiah yang lebih lumayan.

Dengan kejayaan edisi 2025, Liga Bola Sepak Piala PJM Plantation diyakini akan terus menjadi acara tahunan yang dinantikan serta pemangkin pembangunan bola sepak komuniti di Kabong dan sekitarnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tang Jie-Ee Wei naib juara Masters China 2025
Next: Kuching City pintas Selangor, menang tipis 1-0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.