Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sesko selamatkan United, Carrick kekal sempurna dalam aksi dramatik lawan Fulham
  • SUKAN

Sesko selamatkan United, Carrick kekal sempurna dalam aksi dramatik lawan Fulham

Utusan Sarawak 12 hours ago

Benjamin Sesko meraikan jaringannya yang membantu Manchester United menewaskan Fulham 3-2. Foto AFP

MANCHESTER: Manchester United meneruskan kebangkitan mereka di bawah pengurus sementara Michael Carrick apabila jaringan lewat masa kecederaan oleh Benjamin Sesko memastikan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Fulham di Old Trafford, sebentar tadi.

United mendahului menerusi tandukan Casemiro pada babak pertama sebelum Matheus Cunha menggandakan kelebihan selepas rehat. 

Namun, perlawanan berubah menjadi penuh debaran pada penghujung aksi apabila Raul Jimenez menyempurnakan sepakan penalti minit ke-85 untuk menghidupkan peluang Fulham.

Lebih dramatik, Kevin meledak gol cantik pada masa kecederaan untuk menyamakan kedudukan 2-2, sekali gus mengejutkan penyokong tuan rumah. 

Tetapi United tidak mengalah apabila Sesko, yang sebelum ini sering dikritik, muncul wira dengan gol kemenangan dua minit kemudian — jaringan keempatnya dalam empat perlawanan terakhir.

Kemenangan itu menyaksikan Carrick mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut termasuk kejayaan mengejutkan ke atas Manchester City dan Arsenal sebelum ini. 

United kini tidak tewas dalam tujuh perlawanan liga dan melonjak ke kedudukan keempat, mengukuhkan peluang layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Di sebalik kejayaan di atas padang, suasana di luar Old Trafford tegang apabila kumpulan penyokong “1958 Manchester United” mengadakan protes terhadap pemilik kelab, keluarga Glazer, dan pengurusan semasa. 

Ratusan penyokong berkumpul dengan sepanduk dan laungan bantahan, meluahkan kekecewaan terhadap hala tuju kelab.

Di atas padang, keputusan Carrick menurunkan Cunha menggantikan pemain cedera Patrick Dorgu sekali lagi terbukti tepat, selepas pemain Brazil itu turut mencetak gol kemenangan minggu lalu menentang Arsenal.

Semangat juang United akhirnya membezakan kedua-dua pasukan, dengan gol Sesko mencetuskan sorakan liar di Old Trafford dan menambahkan tekanan kepada pengurusan kelab untuk mempertimbangkan Carrick sebagai pengurus tetap. – AFP

Continue Reading

Previous: Keletihan sekat impian Jin Wei di final Masters Thailand
Next: 252 atlet wakili zon tengah, sasar 19 emas pada SUKSAR IV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.