Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sesi townhall PDP perjelas isu, perkukuh komunikasi pimpinan akar umbi – Henry Jinep
  • TEMPATAN

Sesi townhall PDP perjelas isu, perkukuh komunikasi pimpinan akar umbi – Henry Jinep

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Henry Harry Jinep ketika berucap pada sesi townhall sempena Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) PDP 2026, hari ini.

SIBU: Sesi townhall Parti Demokratik Progresif (PDP) yang diadakan buat pertama kali menjadi platform penting untuk memperjelaskan isu berkaitan parti serta memperkukuh komunikasi antara pimpinan dan akar umbi.

Timbalan Presiden PDP, Datuk Henry Harry Jinep berkata, program tersebut menghimpunkan ahli-ahli majlis, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta ahli parti bagi membolehkan mereka memahami cabaran sebenar dalam pengurusan dan pentadbiran parti.

Menurutnya, pelbagai perkara termasuk pelantikan kaunselor dan KMKK perlu diteliti dengan seimbang kerana turut melibatkan tuntutan daripada parti-parti komponen lain dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kita menjaga parti ini bukan mudah. Hendak melantik kaunselor perlu difikirkan, hendak melantik KMKK pun perlu difikirkan kerana parti lain juga mahu,” ujarnya semasa berucap pada sesi townhall sempena Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) PDP 2026, hari ini.

 BERJALAN LANCAR…Sesi townhall sempena Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) PDP 2026, hari ini.

Beliau berkata, sesi townhall itu diadakan supaya ahli parti mendapat penjelasan secara terus mengenai isu semasa yang sering dibangkitkan di media sosial dan akhbar.

“Kita mahu semua faham mengapa sesuatu keputusan dibuat dan tidak lagi tertanya-tanya mengenai isu yang timbul,” katanya.

Henry turut menjelaskan bahawa pimpinan parti sentiasa berusaha memastikan PDP memperoleh kuota yang lebih adil dalam pembahagian kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen serta majlis tempatan.

Beliau menyifatkan sambutan dan semangat ahli pada Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) PDP 2026, semalam sebagai bukti kekuatan parti yang semakin menyerlah.

“Walaupun parti kita kecil, tetapi semangat ahli sangat kuat. Premier juga nampak kekuatan PDP dan kita berharap parti akan terus diberi peluang yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Beliau turut menggesa ahli parti supaya terus bergerak dengan semangat baharu dan bekerjasama demi memperkukuh perjuangan PDP.

Turut hadir Naib Presiden Kanan I Datuk Dr. Penguang Manggil, Naib Presiden Kanan III Dato Sri Wong Soon Koh, Naib Presiden II Friday Belik dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Ying.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: PDP akan pertahan kesemua lapan kerusi pada PRN Sarawak ke-13 – Tiong
Next: Samaraton terus perkukuh pelancongan sukan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.