Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sesi suai kenal eratkan hubungan media Sarawak–MOTAC sempena Kempen Malaysia 2026
  • SEMASA

Sesi suai kenal eratkan hubungan media Sarawak–MOTAC sempena Kempen Malaysia 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man (atas, tiga dari kanan), beramah mesra bersama pengamal media Sarawak pada Sesi Suai Kenal Media Sarawak sempena Kempen Malaysia 2026 yang berlangsung di Restoran Lepau, Kuching, malam ini.

KUCHING: Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man, menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama pengamal media Sarawak bagi mempromosikan keindahan serta keunikan negeri ini ke peringkat antarabangsa, selari dengan aspirasi Kempen Malaysia 2026.

Menurut beliau, Sesi Suai Kenal Bersama Media Sarawak diadakan bagi membina hubungan dua hala yang lebih rapat dengan pihak media, selain membuka ruang perbincangan secara terbuka mengenai peranan media dalam memperkasa industri pelancongan negara, khususnya di Sarawak.

“Saya datang ke Sarawak untuk saling mengenali dan bekerjasama dengan rakan-rakan media. Tahun ini dan menuju 2026, kita mahu menampilkan keindahan Sarawak kepada dunia. Kerjasama media amat penting dalam usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Suai Kenal Bersama Media Sarawak yang berlangsung dalam suasana santai di Restoran Lepau, di sini, malam ini.

Beliau yang baharu dilantik ke jawatan tersebut kira-kira sebulan setengah lalu turut menegaskan kesediaannya untuk dihubungi pada bila-bila masa sekiranya terdapat isu atau cabaran yang memerlukan perhatian kementerian.

Chiew turut menyentuh mengenai isu berkaitan industri umrah yang kini sedang disiasat, sambil menegaskan tindakan segera telah diambil oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bagi melindungi kepentingan pengguna.

“Jika ada sebarang masalah yang memerlukan perhatian, sila hubungi saya. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin,” tambahnya.

Beliau berharap hubungan baik yang terjalin melalui sesi seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform komunikasi berterusan antara kementerian dan media, demi memastikan maklumat tepat dan konstruktif dapat disampaikan kepada masyarakat.

Sesi suai kenal tersebut dihadiri oleh wakil pelbagai agensi media tempatan di Sarawak dan berlangsung dalam suasana mesra serta interaktif.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 16 Mac permohonan Petronas rujuk persoalan kawal selia operasi petroleum di Sarawak
Next: SCOPE, IIAM meterai MoU, perkukuh kerjasama bangunkan keupayaan audit dalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.