Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sesi persekolahan 2026 kembali bermula Januari
  • PENDIDIKAN

Sesi persekolahan 2026 kembali bermula Januari

Utusan Sarawak 12 hours ago
Foto hiasan

PUTRAJAYA: Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A dan 12 Januari hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun melalui portal rasmi kementerian di pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi.

Kumpulan A melibatkan di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu dan Kumpulan B adalah sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan. 

“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat,” menurut kenyataan itu.

Kementerian juga telah menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan tahun 2026 yang melibatkan perayaan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Krismas.

KPM memaklumkan usaha berkenaan mencerminkan tekad kementerian untuk terus mengutamakan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.- Bernama

Continue Reading

Previous: STEMGround dan Scratchathon pacu usaha Sarawak bangunkan modal insan digital
Next: KPM pastikan pengisian guru cukup, jamin PdP berjalan secara optimum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.