Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sesi Meja Bulat perkongsian ekonomi perkukuh hubungan dagangan Malaysia-Itali
  • SEMASA

Sesi Meja Bulat perkongsian ekonomi perkukuh hubungan dagangan Malaysia-Itali

Utusan Sarawak 18 hours ago
DATUK Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Meja Bulat Pakatan Ekonomi Malaysia-Itali di Rom, Itali. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Itali Antonio Tajani hari ini mempengerusikan sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang disertai lebih 100 syarikat dari kedua-dua negara.

Sesi yang berlangsung di Rom, Itali itu melibatkan penyertaan syarikat daripada pelbagai sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan, perdagangan, serta agensi dan pertubuhan industri.

Anwar menerusi hantaran di platform X beliau berkata sesi meja bulat tersebut mencerminkan iltizam bersama dalam memperkukuh hubungan dagang serta memperluas peluang pelaburan strategik antara kedua-dua negara.

Beliau berkata Malaysia kekal komited terhadap prinsip perdagangan bebas dan terbuka sebagai teras kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya tahan. 

“Dalam landskap global yang semakin mencabar, kestabilan dan keamanan antarabangsa menjadi asas penting kepada kemakmuran ekonomi serta peluang sinergi rentas sempadan yang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti perniagaan,” kata beliau. 

Menurut Anwar, sesi tersebut turut memperkukuh keyakinan pemain industri Itali terhadap dasar keterbukaan, kecekapan tadbir urus serta daya saing ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri berkata penyertaan aktif syarikat terkemuka dari kedua-dua negara menyerlahkan potensi besar dalam memperluas kerjasama dua hala yang lebih berimpak tinggi, berpaksikan nilai tambah, inovasi dan kepentingan bersama.

“Ia membuka prospek luas dalam sektor strategik seperti tenaga boleh baharu, teknologi pemerangkapan dan penyimpanan karbon, pertahanan, ekonomi digital, aeroangkasa dan industri berteknologi tinggi, bidang utama yang menjadi tonggak kepada agenda reformasi ekonomi negara,” kata beliau. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sultan Pahang gesa wartawan wanita terus perjuang isu rakyat
Next: HAWANA 2025 Sarawak tampil inklusif dengan SMeC 2.0, KASUMES

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.