Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sesi dialog bersama komuniti: Gerawat umum perkembangan projek rakyat di Mulu
  • Utara
  • WILAYAH

Sesi dialog bersama komuniti: Gerawat umum perkembangan projek rakyat di Mulu

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Gerawat Gala ketika menghadiri sesi dialog bersama komuniti Mulu di Balai Raya Mulu.

MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala, telah mengadakan sesi dialog bersama komuniti di Balai Raya Mulu, Daerah Kecil Mulu semalam.

Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi cadangan pembangunan untuk daerah berkenaan, termasuk pembinaan pelbagai kemudahan awam di bawah Projek Rakyat serta penubuhan Pusat Pentadbiran Bersepadu Mulu yang terletak di Pusat Perkhidmatan Mulu. Projek ini telah diluluskan oleh Premier Sarawak pada 2021.

Menurut Datuk Gerawat, antara komponen Projek Rakyat yang dicadangkan termasuk pembinaan Dewan Masyarakat, Medan Selera, Art Centre & Cottage Industri, Pasar Tamu serta Kompleks Sukan Mini.

Sementara itu, IAC akan menempatkan pelbagai pejabat kerajaan pusat dan negeri, sekali gus menjadi pemangkin pembangunan baharu di kawasan pekan Mulu.

PENDUDUK Mulu yang hadir mengemukakan soalan berkenaan pelaksanaan Projek Rakyat.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada komuniti Mulu atas kehadiran dan sokongan mereka, khususnya Ketua Kaum Johnny Epoi (Kampung Melinau), Ketua Kaum Abia Laing (Kampung Long Terawan), dan Ketua Kaum Avit Turau (Kampung Batu Bungan).

Tegas Gerawat, sesi dialog ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam melaksanakan pembangunan luar bandar yang selari dengan keperluan masyarakat setempat.

Turut hadir pihak perunding dari Borneo Development Corporation Sdn Bhd (BDC), wakil Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Jabatan Tanah dan Ukur Miri, wakil Pejabat Residen Miri, wakil Pejabat Daerah Marudi, wakil Pejabat Daerah Kecil Mulu, wakil PDRM, wakil JKR, serta agensi-agensi lain.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 20,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Simunjan
Next: Elak aktiviti rekreasi di tasik bersebelahan Hospital Bintulu, orang ramai diingatkan waspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.