Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sesi debat dalam talian himpun ahli JCI Sarikei, Sibu, Sibu Jaya dan Seduan
  • Tengah
  • WILAYAH

Sesi debat dalam talian himpun ahli JCI Sarikei, Sibu, Sibu Jaya dan Seduan

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANTARA peserta menyertai sesi debat secara dalam talian pada malam tadi. Foto JCI Sarikei

SARIKEI: Sesi debat dalam talian anjuran Junior Chamber International (JCI) Sarikei berjaya menghimpunkan ahli JCI dari Sarikei, Sibu, Sibu Jaya dan Seduan dalam perbincangan intelektual yang dinamik dan interaktif menerusi inisiatif CHAOS Debate JCI Malaysia pada semalam.

Presiden JCI Sarikei, Wong Siew Wu berkata, program tersebut menyediakan platform berkesan kepada peserta untuk bertukar pandangan, mengasah pemikiran kritis dan meningkatkan kemahiran komunikasi serta penghujahan dalam suasana yang positif dan kompetitif secara sihat.

“Program ini memberi peluang kepada ahli untuk mengembangkan keyakinan diri serta kemahiran berfikir secara kritis melalui perbincangan yang sihat dan berilmiah dalam suasana yang menyokong.

“Sesi debat tersebut memfokuskan kepada usul bahawa Coca-Cola lebih unggul berbanding Pepsi dari segi pengaruh jenama, pilihan pengguna dan impak pasaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, penyertaan ahli daripada beberapa organisasi tempatan JCI berjaya mewujudkan suasana perbincangan yang aktif dan mencetuskan pelbagai perspektif menarik sepanjang sesi berlangsung.

“Ia turut membuka ruang kepada penyertaan ahli baharu dan peserta berpengalaman, sekali gus membantu meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran pengucapan awam dalam kalangan peserta.

“Program ini dianjurkan oleh JCI Sarikei dengan Sue Ching dan saya sebagai pengerusi penganjur, manakala JCI Sibu, JCI Sibu Jaya serta JCI Seduan bertindak sebagai penganjur bersama.

“Terima kasih kepada semua yang menyertai sesi debat pada malam tadi di atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini,” katanya.

Tambahnya, JCI Sarikei akan terus merancang lebih banyak program berimpak tinggi pada masa hadapan selaras dengan komitmen organisasi dalam melahirkan generasi belia yang aktif, berdaya saing dan berfikiran kritis melalui pembangunan kepimpinan serta penglibatan komuniti.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Rampasan 1.8 tan timun laut kering di Sibu disyaki langgar syarat permit import
Next: Kemudahan jalan kampung dipertingkat melalui projek PMR di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.