Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SESCO nasihat pelanggan kemas kini maklumat akaun, patuhi e-Invois mulai 1 Januari depan
  • SEMASA

SESCO nasihat pelanggan kemas kini maklumat akaun, patuhi e-Invois mulai 1 Januari depan

Utusan Sarawak 7 hours ago
SESCO… Syarikat SESCO Berhad (SESCO), cabang utiliti Sarawak Energy, menasihatkan semua pemegang akaun elektrik supaya mengemas kini maklumat peribadi atau perniagaan masing-masing bagi mematuhi keperluan e-Invois yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.

KUCHING: Syarikat SESCO Berhad (SESCO), cabang utiliti Sarawak Energy, menasihatkan semua pemegang akaun elektrik supaya mengemas kini maklumat peribadi atau perniagaan masing-masing bagi mematuhi keperluan e-Invois yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.

Menurut kenyataan Sarawak Energy, langkah itu penting bagi memastikan peralihan yang lancar serta pengeluaran e-Invois yang tepat untuk bil elektrik dan perkhidmatan berkaitan, sekali gus mengelakkan sebarang gangguan atau kelewatan bil.

“Notifikasi rasmi telah mula dihantar kepada pelanggan menerusi surat yang memperincikan maklumat diperlukan dan langkah untuk melengkapkan proses kemas kini. 

“Pelanggan boleh mengemas kini butiran secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih atau portal web SEB Cares di bawah menu Subscription of Services – e-Invoice Registration,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, bagi pelanggan yang memerlukan bantuan bersemuka, termasuk entiti perniagaan dengan berbilang akaun kontrak, mereka boleh mengunjungi Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Sarawak Energy terdekat atau menghubungi emel customercare@sarawakenergy.com.

“Untuk akaun individu, maklumat diperlukan termasuk nama penuh, nombor pengenalan (MyKad) bagi warganegara Malaysia atau nombor pasport serta tarikh luput pasport bagi bukan warganegara, Nombor Pengenalan Cukai (TIN), alamat emel dan nombor telefon bimbit.

“Bagi akaun perniagaan pula, pelanggan perlu mengemukakan nama perniagaan berdaftar, Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN), TIN, alamat emel, nombor telefon bimbit serta dokumen sokongan bagi tujuan pengesahan,” jelasnya.

Tambah kenyataan tersebut, inisiatif itu bertujuan meningkatkan kecekapan dan ketepatan pengebilan selaras dengan agenda pendigitalan pematuhan nasional. 

“Pelanggan yang mengemas kini maklumat akan menikmati penyampaian invois yang lebih tepat, ketelusan rekod pengebilan serta kesiapsiagaan untuk pelaporan cukai dan proses audit pada masa hadapan.

“Sebaliknya, pelanggan yang gagal berbuat demikian berisiko mengalami kelewatan atau gangguan dalam penyampaian invois dan ketepatan bil,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 1300-88-3111, emel customercare@sarawakenergy.com, menggunakan aplikasi atau portal SEB Cares, atau mendapatkan bantuan melalui CARINA, pembantu maya Sarawak Energy.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: HUS raih Anugerah Poster Keseluruhan Terbaik
Next: Bekalan elektrik Sarawak ke Semenanjung masih perlu kajian teknikal – TPM Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.