Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Serumpun Sarawak tampilkan gastronomi budaya di Osaka
  • TEMPATAN

Serumpun Sarawak tampilkan gastronomi budaya di Osaka

Utusan Sarawak 5 hours ago

FOTO facebook YB Karim Hamzah

KUCHING: Serumpun Sarawak, inisiatif gastronomi budaya yang menggabungkan warisan Sarawak dengan penceritaan kontemporari, melakar penampilan pertamanya di pentas antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran selama empat hari di Seaside Studio CASO Osaka, Jepun.

Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memaklumkan acara yang berlangsung dari 5 hingga 8 Ogos sempena Minggu Sarawak di Pavilion Malaysia itu menampilkan penceritaan masyarakat pribumi, inovasi kulinari dan pertukaran budaya.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kewangan negeri Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar antara yang menghadiri majlis pelancaran malam tadi.

Abdul Karim dalam ucapannya berkata Serumpun Sarawak bukan sekadar persembahan budaya tetapi juga merupakan pengiktirafan terhadap identiti rakyat Sarawak.

“Menerusi kisah, cita rasa dan kebijaksanaan masyarakat pribumi yang dibawa ke Jepun, kita membina jambatan persefahaman dan penghargaan yang melangkaui sektor pelancongan. Inilah cara kita berkongsi Sarawak dengan dunia, melalui jalinan hubungan yang meraikan kepelbagaian sambil memperkukuh rasa hormat terhadap kemanusiaan sejagat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Kemuncak program berkenaan ialan makan malam tujuh hidangan oleh Chef James Won, berinspirasikan cita rasa dan falsafah 34 komuniti pribumi Sarawak, hidangan menggunakan bahan dari hutan hujan serta teknik penapaian tradisi turun-temurun, disajikan bersama bunyi latar, visual serta penceritaan yang membawa tetamu menyelami warisan kulinari Sarawak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh berkata inisiatif itu bertujuan memperkenalkan semula budaya Sarawak kepada dunia melalui pertukaran bermakna dan bukan sekadar mengenai masakan masyarakat negeri itu.

“Ia menunjukkan bagaimana hutan hujan, warisan dan rakyat kita mampu menginspirasi perjalanan global merentasi sempadan. Inilah kuasa lunak Sarawak dalam bentuk paling autentik,” katanya sambil menambah bahawa makan malam itu turut menampilkan Prof Gerard Bodeker yang berkongsi manfaat perubatan tradisional daripada bahan hutan hujan yang digunakan dalam sajian.

Antara detik bersejarah pada malam berkenaan ialah tayangan perdana Ilun Kuai, lagu rasmi Serumpun Sarawak yang dihasilkan dan dipersembahkan oleh Zee Avi, Adrian Jo Milang dari Tuyang Initiative, Raja Farouk, Yuswa Ansari dan Atlas Collective dengan lirik asal oleh Aren Lirai dan Rose Belare.

Penampilan julung kali itu diadakan bersempena dengan upacara Sunrise of Sarawak, diiringi alunan muzik yang mencetuskan suasana penuh inspirasi, sambil mengajak tetamu kembali menjiwai nilai keterikatan kepada asal-usul, ketabahan serta penghormatan terhadap alam semula jadi.

Serumpun Sarawak seterusnya akan diadakan di Mulu, yang juga Tapak Warisan Dunia UNESCO di Sarawak.– Bernama

Continue Reading

Previous: UKAS cadang anjur bengkel bantu media memahami ekonomi baru Sarawak
Next: Anak buaya dalam longkang berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.