Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Serpihan dipercayai milik ATR 42-500 yang hilang ditemukan di Bukit Bulusaraung – SAR
  • GLOBAL

Serpihan dipercayai milik ATR 42-500 yang hilang ditemukan di Bukit Bulusaraung – SAR

Utusan Sarawak 2 hours ago
Foto ANTARA

JAKARTA: Serpihan besar dipercayai daripada pesawat ATR 42-500 yang hilang ditemukan di Bukit Bulusaraung dalam Daerah Maros, Sulawesi Selatan, pagi tadi, berhampiran kawasan pesawat peronda itu dilaporkan terputus hubungan.

Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Makassar Andi Sultan berkata pasukan darat mengesan serpihan yang disyaki sebagai bahagian badan dan ekor pesawat pada sekitar 7.49 pagi waktu tempatan.

“Serpihan tersebut ditemukan di lereng, di sebelah selatan, di bahagian bawah lereng bukit,” katanya dalam video yang dikongsi kepada media, pada Ahad.

Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan Indonesia mengesahkan bahawa pesawat yang hilang itu, dikendalikan oleh Indonesia Air Transport (IAT) dan didaftarkan sebagai PK-THT adalah pesawat perondanya.

Pesawat yang membawa tujuh kru dan tiga penumpang itu dilaporkan terputus hubungan sekitar tengah hari pada Sabtu di ruang udara Daerah Maros semasa dalam perjalanan dari Yogyakarta ke Makassar.

Andi berkata berikutan penemuan itu, satu pasukan telah dihantar ke lokasi, namun usaha menyelamat masih mencabar disebabkan rupa bumi yang curam, menimbulkan kesukaran untuk turun ke lokasi badan pesawat.

Beliau menambah, sekitar 500 anggota kini berada dalam keadaan sedia untuk membantu dalam operasi SAR yang sedang dijalankan.

Setakat kemas kini terbaharu, nasib 10 individu yang berada di dalam pesawat berkenaan masih belum diketahui.- Bernama

Continue Reading

Previous: Operasi SAR dijalankan, pesawat Indonesia hilang dengan 11 individu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.