Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Serius lahirkan pemain pelapis
  • SUKAN

Serius lahirkan pemain pelapis

Utusan Sarawak 3 years ago

PEMAIN CILIK…Para peserta merakamkan gambar bersama penganjur klinik tenis yang diadakan julung kali oleh PRBMu di Mukah,baru-baru ini.

SERAMAI 12 pemain cilik  berusia 12 tahun ke bawah telah menyertai  Sesi Klinik Tenis yang telah berlangsung di Mukah baru-baru ini.

Aktiviti  sukan yang julung kali itu adalah anjuran Presiden Persatuan Tenis Bahagian Mukah (PTBMu) di gelanggang tenis yang berada berdekatan dengan Rumah Rihat Kerajaan di sini.

Berikutan kejayaan klinik tersebut, Presidennya, Ismandi Junaidi, telah meletak  harapan yang tinggi agar ramai pemain pelapis boleh dilahirkan pada masa akan datang.

“Sukan tenis kini mendapat perhatian masyarakat di Mukah  dan kini kita dalam usaha mencari pemain pelapis muda yang mampu mewakili Mukah suatu hari nanti serta yang mempunyai potensi yang perlu dikembangkan lagi,” ujarnya.

Katanya, melalui Klinik Pembangunan Tenis seperti itu, beliau mengharapkan agar peserta dapat berkongsi pengetahuan asas sukan tenis terutama  kepada generasi muda, remaja dan pelajar sekolah.

“Diharapkan juga objektif persatuan untuk menghasilkan bakat baharu dari Mukah yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi menjadi realiti. Ini kerana, sukan tenis perlu  ditonjolkan sama seperti sukan lain yang  telah mendapat tempat dalam masyarakat setempat seperti bola sepak dan badminton,” jelasnya.

Justeru, Ismandi menyatakan melalui program seumpanya, pihak mereka  dapat memperkenalkan generasi muda yang berjinak dengan sukan tenis.

“Impian ini boleh dicapai jika mendapat kerjasama seperti ibu bapa terutama dari segi penggalakkan dan membenarkan anak mereka menyertai  klinik seperti ini dalam usaha mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan tenis termasuk memperomosikannya,” ujar lagi.

Ismandi turut mendedahkan bahawa klinik seperti itu akan  diadakan secara berkala mengikut kesesuaian dan keadaan semasa memandangkan kini pandemik Covid-19 masih belum reda lagi.

“Orang ramai juga boleh mengunjungi laman Facebook rasmi PTBMu “Persatuan Tenis Bahagian Mukah” untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti persatuan dan berhubung dengan pihak PTBMu,” tambah Ismandi.

Continue Reading

Previous: Ronaldo akhiri kemarau gol
Next: ‘Sebelah kaki’ ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.