Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Serena mahu terus beraksi dalam terbuka AS
  • SUKAN

Serena mahu terus beraksi dalam terbuka AS

Utusan Sarawak 5 years ago
SERENA Williams tidak mahu berputus asa. • Foto AFP

SERENA Williams tetap mahu beraksi di Terbuka Amerika Syarikat (AS) di sebalik ramai pemain menarik diri untuk beraksi di saingan Grand Slam itu susulan kebimbangan pandemik Covid-19.

Pemenang 23 gelaran Grand Slam itu akan kembali ke gelanggang tenis minggu depan di kejohanan Top Seed Open WTA di Lexington, Kentucky selepas enam bulan tidak beraksi kerana wabak berkenaan.

Serena yang menjadi antara pemain terawal mengesahkan penyertaan di Terbuka AS di sebalik pandemik itu berkata, keputusannya tidak pernah berubah sambil menambah dia merancang untuk ke Eropah menyertai Terbuka Perancis.

“Saya akan turun beraksi apabila kejohanan itu dianjurkan.

“Tetapi saya bukanlah perancang masa depan. Apabila ada kejohanan dibatalkan, saya hanya meneruskan rutin harian dan melihat apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata, dia menghabiskan tempoh enam bulan di kediamannya di Florida untuk mengelak daripada dijangkiti wabak itu.

Jelas Serena, selepas berehat panjang, hanya dengan menyertai kejohanan membolehkan dirinya kembali kepada prestasi sebenar.

“Tahap kecergasan amat penting tetapi kecergasan ketika beraksi di atas gelanggang berbeza berbanding kebiasaannya,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Kesilapan Varane sekat Real Madrid
Next: Penelitian terakhir sebelum tentukan jurulatih hoki negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.