
KUCHING: Seorang lelaki ditahan manakala sepuluh individu diperiksa di salah satu premis hiburan malam.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata polis menahan lelaki tersebut kerana gagal mengemukakan permit serta menjalankan aktiviti hiburan tanpa lessen dan peralatan muzik di premis berkenaan turut dirampas.
Operasi bersepadu, Op Noda atau Op Pusat Hiburan dijalankan di salah satu premis hiburan di sepanjang Jalan Lapangan Terbang.
Alexson berkata polis akan terus menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berkala untuk memastikan pengusaha hiburan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Oleh Connie Chieng