Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Serangan terhadap hak Sarawak jejas perpaduan nasional
  • TEMPATAN

Serangan terhadap hak Sarawak jejas perpaduan nasional

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak memberi amaran bahawa serangan berterusan terhadap hak, maruah dan kedudukan Sarawak bukan sahaja bersifat tidak bertanggungjawab, malah berpotensi menjejaskan asas perpaduan nasional serta semangat Persekutuan Malaysia.

Dalam kenyataan media hari ini, Pemuda PBB menegaskan bahawa naratif anti-Sarawak yang semakin galak disebarkan oleh pihak berkepentingan tertentu mencerminkan kegagalan memahami realiti federalisme serta sejarah pembentukan negara.

Kenyataan itu merujuk kepada pandangan Setiausaha Agung PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, yang menggesa Tanah Melayu mempelajari formula kestabilan Sarawak, sambil menegaskan bahawa gesaan itu berlandaskan rekod pencapaian, bukan retorik politik.

“Stabiliti politik, keharmonian kaum dan agama serta keutamaan kepada pembangunan rakyat adalah asas kemajuan Sarawak. 

“Namun di Semenanjung, politik perpecahan, sentimen kebencian dan eksploitasi kaum serta agama terus dijadikan senjata kuasa, sekali gus melemahkan kepercayaan rakyat terhadap institusi nasional,” menurut kenyataan itu.

Pemuda PBB menegaskan bahawa Sarawak menolak politik ekstrem dan budaya konfrontasi, sambil menyifatkan kestabilan di negeri ini sebagai hasil prinsip tadbir urus yang konsisten, bukan kompromi murahan demi kuasa.

Menurut kenyataan itu, komitmen Sarawak terhadap Malaysia tidak pernah dipersoalkan, namun kesetiaan tersebut tidak bermaksud Sarawak perlu berdiam diri apabila hak perlembagaan, autonomi serta sumbangan ekonominya cuba diperkecilkan atau diputarbelitkan.

“Menuntut hak bukan pengkhianatan. Menghormati Perlembagaan bukan ancaman kepada negara. Sebaliknya, kegagalan menghormati hak negeri-negeri dalam Persekutuan inilah yang akan melemahkan Malaysia dari dalam,” tegas kenyataan itu.

Dalam konteks nasional, Pemuda PBB menyifatkan model pentadbiran inklusif Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sebagai bukti bahawa perpaduan tidak boleh dipaksakan melalui ugutan atau sentimen murahan.

Menyentuh isu minyak dan gas, Pemuda PBB menegaskan bahawa hak Sarawak adalah sah di sisi Perlembagaan serta semangat penubuhan Malaysia, dan menuntut kerjasama yang adil antara Petros dan Petronas tanpa pendekatan berat sebelah.

“Hentikan label palsu bahawa Sarawak ‘tamak’. Malaysia telah lama menikmati hasil Sarawak. Apa yang Dituntut hanyalah keadilan, perkongsian sebenar dan rasa hormat dalam kerangka Persekutuan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut diakhiri dengan penegasan bahawa Sarawak yang lebih kuat akan memperkukuh Malaysia, dan kegagalan menerima hakikat itu hanya akan menjarakkan jurang antara wilayah dalam negara.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MPKS ambil tindakan tegas terhadap kenderaan terbiar di Pasar Sadong Jaya
Next: KLAS Renang 2025: 40 kanak-kanak kuasai kemahiran asas berenang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.