Serangan sengaja Israel terhadap anggota pengaman PBB tidak boleh diterima

Facebook
WhatsApp
SEKUMPULAN kenderaan Pasukan Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL) bergerak di kawasan Marjayoun di selatan Lubnan, untuk mengiringi ambulans Palang Merah Lubnan pada 8 November 2024, di tengah perang yang sedang berlangsung antara Israel dan Hezbollah. FotoAFP

ATHENS: Perancis pada Jumaat mengecam serangan Israel ke atas anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di selatan Lubnan, menyifatkannya sebagai ‘tidak boleh diterima’ dan menggesa agar permusuhan dihentikan, lapor Agensi Anadolu.

“Perancis mengutuk insiden yang menjejaskan integriti fizikal anggota pengaman pada 7 November susulan serangan berhampiran konvoi Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) di Saida, meskipun laluan konvoi itu telah dimaklumkan lebih awal,” menurut kenyataan Kementerian Luar.

Kementerian itu turut menyatakan bahawa lima anggota pengaman Malaysia cedera dalam serangan berkenaan dan menegaskan bahawa “lima anggota pengaman lain juga cedera dalam beberapa minggu kebelakangan ini akibat serangan sengaja oleh Israel, yang tidak boleh diterima dan mesti dihentikan.”

Kenyataan itu menekankan keperluan melindungi anggota pengaman serta harta dan premis PBB.

“Perancis menyeru agar permusuhan dihentikan berdasarkan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB, yang akan membolehkan kepulangan selamat rakyat Israel dan Lubnan yang dipindahkan ke kediaman mereka,” menurut kenyataan itu.

Pada Khamis, lima anggota pengaman cedera dalam serangan dron berhampiran pusat pemeriksaan tentera di Sidon, selatan Lubnan, menurut misi PBB.

UNIFIL beroperasi antara Sungai Litani di selatan Lubnan dan Blue Line, sebagai sebahagian daripada mandatnya di bawah Resolusi 1701 untuk mengekalkan keselamatan. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos