Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Serangan beruang di Jepun ragut tujuh nyawa tahun ini
  • GLOBAL

Serangan beruang di Jepun ragut tujuh nyawa tahun ini

Utusan Sarawak 3 days ago
(FAIL) Gambar edaran ini diambil pada 7 Oktober 2025 dan dikeluarkan oleh Polis Prefektur Gunma melalui Jiji Press, menunjukkan rakaman CCTV seekor beruang sedang berjalan di dalam sebuah pasar raya di Numata, Prefektur Gunma. Foto AFP

TOKYO: Serangan beruang di Jepun mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam sejarah tahun ini, dengan tujuh orang dilaporkan maut, menurut Kementerian Alam Sekitar Jepun, hari ini.

Jumlah korban ini merupakan yang tertinggi sejak statistik mula direkodkan pada 2006, melepasi rekod sebelumnya iaitu lima kematian pada tahun fiskal 2023-2024.

Serangan terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 70-an yang ditemui mati pada 8 Oktober di wilayah Iwate, utara Jepun. Si mati mengalami kecederaan parah termasuk kepala dan tubuh yang terpisah.

Beberapa hari kemudian, seorang lagi lelaki warga emas ditemui mati di kawasan hutan berhampiran, manakala satu lagi mayat dengan kesan cakaran ditemui di Nagano, walaupun punca kematian masih belum disahkan.

Lebih 100 orang lagi telah cedera akibat gigitan dan cakaran beruang sejak awal tahun fiskal ini.

Kejadian ini dikaitkan dengan perubahan iklim yang menyebabkan kekurangan makanan semula jadi seperti buah berangan, memaksa beruang masuk ke kawasan penduduk. Corak hibernasi beruang juga berubah akibat cuaca yang semakin panas.

Dalam satu insiden lain minggu lalu, seekor beruang dewasa setinggi 1.4 meter menceroboh sebuah pasar raya di Gunma, utara Tokyo, menyebabkan dua pelanggan cedera ringan dan beberapa barangan rosak termasuk buah avokado.

Bulan ini juga, seorang pelancong Sepanyol diserang seekor beruang di sebuah perhentian bas di kampung pelancongan terkenal Shirakawa-go. Jepun mempunyai dua spesies beruang — beruang hitam Asia dan beruang coklat yang lebih besar, yang banyak ditemui di pulau Hokkaido. -AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Taufan Halong ragut 1 nyawa, lebih 1,500 orang dipindahkan di barat Alaska
Next: Indonesia dilanda gelombang haba, suhu meningkat hampir 38 darjah Celcius

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.