
TOKYO: Serangan beruang mencederakan atau mengorbankan rekod 238 orang di seluruh Jepun pada tahun kewangan 2025 yang berakhir bulan lepas, dengan 13 kematian turut mencatatkan rekod tertinggi, menurut kenyataan kerajaan pada Selasa, lapor Berita Kyodo.
Kedua-dua angka tersebut jauh melebihi rekod sebelumnya yang dicatatkan pada tahun kewangan 2023, apabila 219 orang diserang dan enam maut, menurut data awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar.
Pada November 2025, pentadbiran Perdana Menteri Sanae Takaichi telah menyemak semula pakej langkah balas susulan peningkatan serangan, termasuk subsidi kos tenaga kerja bagi pemburu berlesen yang dilantik sebagai penjawat awam.
Pada Mac, kerajaan pusat turut merangka pelan hala tuju yang merangkumi sasaran tangkapan di peringkat wilayah serta langkah tambahan lain. – Bernama-Kyodo