Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Seramai 10,049 calon akan duduki peperiksaan SPM ulangan pada 15 -17 Julai
  • SEMASA

Seramai 10,049 calon akan duduki peperiksaan SPM ulangan pada 15 -17 Julai

Utusan Sarawak 5 hours ago

PUTRAJAYA:  Seramai 10,049 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2025 pada 15 hingga 17 Julai ini di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan peperiksaan itu melibatkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Menurut KPM, seramai 1,454 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran ujian bertulis dan ujian mendengar Bahasa Melayu, manakala 1,202 petugas pula ditugaskan bagi ujian bertutur Bahasa Melayu.

Calon dinasihatkan merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh dimuat turun menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat berkaitan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi.

“Calon turut diingatkan membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan,” menurut kenyataan itu.

Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun daripada Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian di pautan sppat.moe.gov.my.

“Calon hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan serta pengendalian peperiksaan SPMU 2025.

“KPM mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera,” menurut kenyataan itu lagi.– Bernama

Continue Reading

Previous: DUBS Miri sambut baik RUU penambahan kawasan DUN Sarawak
Next: Projek rintis eCOSS dapat maklum balas positif pengguna di Johor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.