Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Serai, tumbuhan serba guna
  • STAIL

Serai, tumbuhan serba guna

Utusan Sarawak 4 years ago
SERAI

Serai atau lebih dikenali sebagai ‘lemon grass’meluas ditanam di kawasan tropika untuk pelbagai kegunaan.

Paling banyak ditanam adalah jenis serai makan dan juga serai wangi.
Serai mudah ditanam dimana-mana jenis tanah kecuali kawasan berpaya atau berair.

Ia adalah tanaman yang mudah tumbuh, tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Tumbuhan ini akan mengeluarkan rumpun daun yang banyak dan lebat daripada rizom yang padat.

Ketinggian serai boleh mencapai sehingga 1.0 hingga 1.5 meter tinggi.

Serai makan ditanam dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan manakala serai wangi ditanam untuk mendapatkan pati yang sangat berguna untuk tujuan kesihatan.

Minyak pati tersebut digunakan bagi kegunaan luar megubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut serta masalah hilang selera makan.

Selain itu, ia juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga dan nyamuk.

Dalam pada itu, serai makan tidak mempunyai apa-apa bau.

Namun, apabila serai makan tersebut dicampur ke dalam masakan ia akan menambah kesedapan juadah dengan mengeluarkan aroma seakan lemon yang lebih menyedapkan masakan teersebut.

Ia juga merupakan perencah penting dalam masakan seperti rendang, tomyam, kari dan pelbagai lagi.

Tumbuhan herba ini ditanam secara meluas di kebanyakan kawasan di Malaysia.

Penanaman serai di Malaysia adalah sangat sesuai kerana iklim dan cuaca di sini panas dan kering sepanjang tahun.

Tanaman serai ini berpotensi besar untuk dimajukan kerana permintaan terhadapnya sangat tinggi di pasaran terutama pada musim perayaan dan majlis perkahwinan.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Kek Batik Amirah jadi cenderamata
Next: Kelas dewasa basmi buta huruf di luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.