Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Separuh Maraton Jambatan Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025, 24 Ogos ini
  • SUKAN

Separuh Maraton Jambatan Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025, 24 Ogos ini

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATUK Len Talif berucap dalam sidang media Separuh Maraton Jambatan Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025 di DUN Sarawak, hari ini. Foto: Shikin Mahmud dan Adele Rissa

PETRA JAYA: Daerah Sarikei bakal mencipta sejarah dengan penganjuran Separuh Maraton Jambatan Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025, acara maraton rentas jambatan pertama seumpamanya di kawasan ini yang dijadual berlangsung pada 24 Ogos 2025.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif berkata penganjuran maraton ini bukan sahaja bertujuan memperkenalkan Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang sebagai mercu tanda baharu Lembah Rajang, malah memperkukuh usaha menjadikan Sarikei sebagai destinasi pelancongan sukan berpotensi tinggi.

“Ini bukan sekadar acara sukan. Ia adalah simbol penyatuan masyarakat serta satu usaha membina rasa bangga dalam kalangan komuniti terhadap pembangunan yang sedang pesat berlaku di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Separuh Maraton Jambatan Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. 

DATUK Len Talif berucap dalam sidang media Separuh Maraton Jambatan Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025 di DUN Sarawak, hari ini. Foto: Shikin Mahmud dan Adele Rissa

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa acara tersebut dijangka menarik penyertaan kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pelajar, penjawat awam, badan bukan Kerajaan (NGO), sektor swasta dan komuniti setempat.

Maraton ini menawarkan lima kategori utama melibatkan larian sejauh 21 kilometer dan 10 kilometer bagi peserta terbuka dan veteran lelaki dan wanita, serta larian santai sejauh 5 kilometer terbuka kepada peserta berumur 12 tahun ke atas.

Pendaftaran dibuka secara atas talian bermula 8 Julai hingga 10 Ogos 2025, dan yuran penyertaan ditetapkan mengikut kategori. 

Peserta akan menerima baju rasmi, medal, sijil, nombor bib, makanan, minuman serta beg cenderamata serta bagi peserta 21 kilometer, baju penamat dan lampu berkelip turut disediakan.

“Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang ditawarkan adalah sebanyak RM36,500 untuk pemenang kategori 21 kilometer dan 10 kilometer bagi lelaki dan wanita,” tambahnya.

Jambatan yang mula dibuka kepada orang ramai sejak Mei lalu telah memberi kesan besar terhadap logistik kawasan apabila perjalanan dari Tanjung Manis ke Sarikei kini hanya mengambil masa 30 minit berbanding dua jam setengah sebelum ini.

Beliau turut menyatakan bahawa maraton ini akan menjadi sebahagian daripada acara pemangkin sempena sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025 yang bakal diadakan di Pekan Sarikei.

“Kita mahu jadikan acara ini sebagai satu acara tahunan yang setanding dengan maraton bertaraf antarabangsa seperti Maraton Kuching atau Maraton Marin Borneo. 

“Kita ada keunikan tersendiri, dan sekarang masanya untuk kita tonjolkan Sarikei kepada dunia,” katanya lagi. 

Maklumat lanjut berkenaan pendaftaran boleh diperoleh melalui laman rasmi media sosial Facebook (FB) Lembah Rajang, FB Unisport dan FB Sarikerians atau dengan menghubungi Pejabat Daerah Sarikei.

Oleh Shikin Mahmud dan Adele Rissa

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pasukan Kong Chih Wei dinobatkan juara Piala Sepak Takraw KESIJA
Next: Pasukan Command muncul juara tarik tali Piala YB Mohamad Duri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.