Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sepanyol tanggung kerugian 32 bilion akibat bencana iklim dalam lima tahun
  • GLOBAL

Sepanyol tanggung kerugian 32 bilion akibat bencana iklim dalam lima tahun

Utusan Sarawak 4 days ago

MOSCOW: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkata bencana iklim telah menyebabkan kerugian berjumlah 32 bilion euro (AS$37.4 bilion) kepada negara itu sepanjang lima tahun lalu.

“Ini adalah situasi darurat negara yang tidak terbatas pada kebakaran atau musim panas semata-mata.

“Dalam tempoh lima tahun lalu, rakyat Sepanyol berdepan dengan Filomena (ribut salji musim sejuk yang melanda pada Januari 2021), hujan lebat … 

“Iklim ekstrem ini memaksa kerajaan membelanjakan 32 bilion euro untuk menampung kerosakan material,” kata Sanchez pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti. 

Sejak awal Ogos sahaja, sebanyak 130 kebakaran direkodkan, memusnahkan 330,000 hektar tanah, kata perdana menteri.

Minggu lalu, kerajaan Sepanyol mengisytiharkan 16 daripada 17 komuniti autonomi negara itu sebagai kawasan terjejas teruk berpunca daripada kebakaran hutan.

Menurut anggaran yang diterbitkan oleh Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah, kebakaran hutan di Sepanyol telah memusnahkan lebih 410,000 hektar (1.01 juta ekar) sejak awal tahun ini, hampir 10 kali ganda berbanding 2024.– Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Gempa bumi dikesan di kawasan gunung berapi berhampiran Naples, Itali
Next: 20 orang dilapor hilang selepas protes di Jakarta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.