ANSU Fati mengumumkan kedatangannya dalam bola sepak antarabangsa semalam setelah menjadi pencetak gol termuda dalam sejarah pasukan kebangsaan Sepanyol dalam kemenangan 4-0 ke atas Ukraine yang membolehkan mereka menduduki tangga teratas kumpulan Liga Negara UEFA mereka.
Penyerang Barcelona, Fati meletakkan Sepanyol tiga gol di depan setelah hanya 31 minit dalam pertembungan Kumpulan 4 Liga A, Kumpulan 4 di Stadium Alfredo di Stefano di Madrid yang kosong dengan jaringan individu yang menarik dalam permulaan pertama yang menakjubkan untuk negara angkatnya.
Setelah memenangi sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten Sergio Ramos hanya dua minit setelah sepak mula, dia boleh menjaringkan gol hanya beberapa minit sebelum menjaringkan sepakan penalti apabila tendangan gunting jarak dekatnya dikeluarkan daripada garisan gol ketika ia kelihatan seperi masuk ke dalam gawang Jaringan Fati muncul hanya tiga minit selepas Ramos meletakkan Spanyol dua gol di depan dengan tandukan cantik hasil hantaran lintang Dani Olmo. Pemain gantian Ferran Torres melenkapkan jaringan lima minit sebelum tamat.
Kemenangan mudah itu membolehkan Sepanyol menduduki tangga teratas Kumpulan 4 dengan empat mata, satu di depan lawan mereka Ahad lepas tetapi yang lebih penting lagi dua mata di depan Jerman yang diikat 1-1 buat kali kedua, kali ini dengan Switzerland.
Terdahulu pada itu Rusia meneruskan permulaan kuat mereka dalam Liga B dengan kemenangan 3-2 ke atas Hungary di Budapest yang boleh menjadi kurang tegang sekiranya mereka tidak memperlahakan rentak ketika mendahului dengan tiga gol.
Bagaimanapun, Rusia bertahan untuk mencatat kemenangan kedua daripada dua perlawanan dan menduduki tempat teratas dalam Kumpulan 3, tiga mata di hadapan pasukan Hungari. – AFP
• LIGA NEGARA UEFA