Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sepanyol, Perancis atasi Argentina dalam Ranking FIFA
  • SUKAN

Sepanyol, Perancis atasi Argentina dalam Ranking FIFA

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SEPANYOL adalah pasukan No1 baharu dalam Kedudukan Dunia Lelaki FIFACoca-Cola, menamatkan pemerintahan dua tahun Argentina di tempat teratas.

GENEVA: Sepanyol melonjak ke tangga teratas Ranking Dunia FIFA Lelaki pada Khamis buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun, sekali gus menamatkan penguasaan dua tahun Argentina, lapor Xinhua.

Juara dunia itu jatuh ke tempat ketiga di belakang Perancis selepas tewas 0-1 kepada Ecuador dalam aksi kelayakan CONMEBOL Piala Dunia 2026 pada 9 Sept. Argentina sebelum ini telah pun mengesahkan slot Piala Dunia mereka pada Mac dan menamatkan saingan kelayakan di tangga teratas sebelum kalah pada pusingan akhir.

Sepanyol memulakan kempen kelayakan Piala Dunia dengan kemenangan 3-0 ke atas Bulgaria sebelum membenam Turkiye 6-0 di gelanggang lawan. Kali terakhir Sepanyol menduduki ranking teratas adalah pada Jun 2014, ketika mereka bergelar juara dunia dan Eropah.

Perancis turut mencatat permulaan cemerlang dalam kelayakan UEFA dengan menewaskan Ukraine 2-0 dan Iceland 2-1.

England kekal di tempat keempat, manakala Portugal mengatasi Brazil untuk naik ke tangga kelima. Brazil, Belanda dan Belgium masing-masing berada di kedudukan keenam hingga kelapan, sementara Croatia dan Itali melengkapkan kelompok 10 teratas di tangga kesembilan dan 10. Jerman jatuh ke tempat ke-12.

Slovakia mencatat lonjakan terbesar, naik 10 anak tangga ke kedudukan ke-42 selepas menewaskan Jerman 2-0 di laman sendiri.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Jose Mourinho dilantik jurulatih baharu Benfica
Next: Masters China: Tang Jie- Ee Wei mara ke separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.