Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sepanyol menangi emas dalam acara lumba jalan kaki marathon campuran berganti-ganti Olimpik
  • SUKAN

Sepanyol menangi emas dalam acara lumba jalan kaki marathon campuran berganti-ganti Olimpik

Utusan Sarawak 10 months ago
MARTIN dan Perez menamatkan perlumbaan dalam masa 2 jam, 50 minit dan 31 saat, mengatasi Brian Pintado dan Glenda Morejon dari Ecuador yang meraih perak dalam masa 2:51:22.

PARIS: Alvaro Martin dan Maria Perez merangkul pingat emas pertama Sepanyol dalam acara olahraga Sukan Olimpik Paris 2024 dengan memenangi acara lumba jalan kaki maraton campuran berganti-ganti, semalam.

Martin dan Perez menamatkan perlumbaan dalam masa 2 jam, 50 minit dan 31 saat, mengatasi Brian Pintado dan Glenda Morejon dari Ecuador yang meraih perak dalam masa 2:51:22, lapor Xinhua.

Rhydian Cowley dan Jemima Montag dari Australia memenangi gangsa dalam masa 2:51:38.

“Ia adalah hari yang luar biasa,” kata Perez. “Kemenangan ini bukan hanya milik kami, tetapi milik semua pelumba jalan kaki Sepanyol.”

Perez kini telah melengkapkan “trifecta” pingat emas kerjayanya di Olimpik, Kejohanan Dunia dan Kejohanan Eropah.

Ini merupakan pingat kedua bagi kedua-dua Martin dan Perez di Paris. Martin meraih gangsa dalam acara berjalan kaki 20km lelaki manakala Perez mendapat perak dalam acara 20km wanita. -Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Ahli gusti India Vinesh Phogat dibatalkan daripada bertanding di final Olimpik Paris
Next: Rafael Nadal sah tarik diri dari Terbuka AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.