Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sepanyol mara garang ke Piala Dunia 2026 tanpa kalah 
  • SUKAN

Sepanyol mara garang ke Piala Dunia 2026 tanpa kalah 

Utusan Sarawak 3 hours ago

Penyerang Sepanyol, Mikel Oyarzabal, meraikan gol penyamaan yang memastikan keputusan 2-2 menentang Turkiye di Seville ketika La Roja mengesahkan slot ke Piala Dunia. Foto AFP

SEVILLE, (Sepanyol): Sepanyol mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026 selepas seri 2-2 menentang Turkiye dalam aksi kelayakan terakhir awal pagi tadi, sekali gus menjuarai Kumpulan E.

Turkiye menamatkan saingan di tempat kedua dan akan beraksi dalam ‘play-off’ selepas menjadi pasukan pertama yang memaksa skuad juara Euro 2024 bimbingan Luis de la Fuente itu kehilangan mata.

Dani Olmo meletakkan Sepanyol di depan tetapi Deniz Gul dan Salih Ozcan menjaringkan gol untuk Turkiye, menjadikan itu gol pertama yang dilepaskan Sepanyol dalam kempen kelayakan kali ini.

Mikel Oyarzabal kembali menyamakan kedudukan di Seville untuk skuad Sepanyol yang mengintai gelaran Piala Dunia buat kali kedua.

Sepanyol menjaringkan 21 gol dalam kempen kelayakan dan hanya bolos dua kali, serta tidak tewas dalam 31 perlawanan berturut-turut — rekod baharu negara.

Bagaimanapun, rekod itu termasuk keputusan seri 2-2 dalam final Nations League menentang Portugal pada Jun lalu, yang akhirnya menyaksikan Sepanyol tewas menerusi penentuan penalti.

Turkiye membuktikan bahawa skuad De la Fuente masih mempunyai kelemahan, lebih-lebih lagi apabila Sepanyol beraksi tanpa beberapa pemain utama seperti Lamine Yamal, Nico Williams dan Rodri.

“Ada banyak kerja yang perlu dilakukan dan masa untuk menilai pelbagai perkara, tetapi kami akan membuat persiapan yang baik,” kata De la Fuente, yang kecewa kerana bintang Barcelona, Yamal, terpaksa diketepikan akibat rawatan kecederaan pangkal peha.

“Saya harap saya boleh mendapatkan semua pemain terbaik untuk dibawa bersaing dan cuba memenangi kejohanan yang indah ini,” tambahnya.

Sepanyol hanya perlu mengelak kekalahan dengan margin tujuh gol untuk mara ke Piala Dunia buat kali ke-13 berturut-turut — sesuatu yang tidak pernah menjadi kebimbangan — dan mereka mungkin menang jika bukan kerana aksi cemerlang penjaga gol Manchester United, Altay Bayindir.

“Kami mahu menamatkan saingan dengan kemenangan dan clean sheet, jadi ada perasaan bercampur-baur… tetapi kami gembira dapat layak,” kata Olmo kepada TVE.

“Mereka ada peluang, kami pun ada, sepatutnya boleh ada lebih banyak gol.” – AFP

Continue Reading

Previous: Isu pemain warisan: Alasan bertulis FIFA cetus persoalan peranan Rob Friend dalam FAM
Next: Curaçao, negara kecil catat sejarah layak Piala Dunia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.